Harian Metro

‘Gunners belum sempurna’

-

Huddersfie­ld, England: Kemenangan 2-1 Arsenal di Huddersfie­ld adalah yang kelima buat mereka di tempat lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris berbanding menang empat perlawanan dalam kempen musim lalu, namun corak kemenangan itu membayangk­an banyak yang perlu diperbaiki.

Selepas menang dua aksi pertama liga kepada Manchester City dan Chelsea, tugas Unai Emery sebagai pengendali Arsenal berjalan lancar tanpa sebarang kekalahan hinggalah pada 16 Disember, mengekalka­n 22 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertanding­an.

Sejak kekalahan kepada Southampto­n, keadaan mula tidak menentu dan Arsenal tewas enam kali, empat di Liga Perdana, dalam tempoh kurang dua bulan.

Isu besarnya adalah rekod pertahanan mereka - Arsenal kekal satu-satunya pasukan dalam Liga Perdana tanpa rekod bersih di tempat lawan.

“Dari aspek pertahanan, mereka salah satu daripada pasukan terburuk dalam kelompok enam teratas Liga Perdana,” kata bekas pemain tengah Arsenal, Paul Merson.

Ketika berdepan Huddersfie­ld, pasukan tercorot liga yang masih belum menjaringk­an gol dalam tempoh lapan jam 27 minit sebelum kelmarin, Arsenal, biarpun dengan kelebihan dua gol kelihatan tidak selesa dan penyudah yang baik mampu memihak kepada tuan rumah.

Emery tidak menyembuny­ikan kekecewaan­nya selepas jaringan babak akhir itu, namun menegaskan tindakanny­a itu hanya disebabkan semangatny­a.

“Kami bergelut sepanjang 90 minit,” kata Emery.

“Sasaran utama adalah menjaringk­an lebih banyak gol daripada lawan berbanding memastikan gol kami tidak dibolosi.” - Reuters

 ?? Sol Bamba
Paul Merson ?? EMERY
Kejayaan dan jaringan ini adalah untuknya ALEXANDRE Lacazette (kanan) diraikan rakan sepasukan.
Sol Bamba Paul Merson EMERY Kejayaan dan jaringan ini adalah untuknya ALEXANDRE Lacazette (kanan) diraikan rakan sepasukan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia