Harian Metro

Tak cukup 5 pemain

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Bukan seorang, tetapi lima pemain! Itu situasi sebenar sesi latihan pertama skuad bawah 22 (B-22) tahun negara apabila hanya 21 daripada 26 pemain yang dilepaskan untuk menyertai kem latihan bagi menghadapi Kejohanan B-22 AFF di Kemboja, bermula Ahad ini.

Lima pemain yang tidak dilepaskan itu adalah Syahmi Safari dari Selangor, Danial Amier Norhisham dan Zahril Azri Zabri dari FELDA United, Fadzrul Danel Nizam dari Kedah serta Faizal Halim dari Pahang.

Difahamkan, alasan utama mengapa lima tonggak itu tidak dilepaskan adalah kerana komitmen kelab yang lebih memerlukan khidmat mereka dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang rancak berlangsun­g ketika ini.

Menurut pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee, ketiadaan tonggak itu terutamany­a Danial, Zahril dan Fadzrul pasti meninggalk­an kesan mendalam terutama di bahagian tengah.

“Kami menerima surat daripada beberapa kelab yang menyatakan pemain mereka tak dilepaskan. Kalau ikut pada angka 21 pemain memang mencukupi.

“Tapi, kami kena lihat adakah pergi atas sebab angka saja atau mahukan sesuatu yang lebih baik.

“Daripada senarai ini, yang agak merungsing­kan di bahagian tengah. Dalam senarai itu kami kehilangan Danial, Zahril dan Fadzrul dengan ketiga-tiganya bermain di posisi tengah.

“Oleh sebab itu, mungkin kami akan panggil dua atau tiga pemain lagi untuk mengisi tempat itu,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.

Bagaimanap­un, situasi itu jauh berbeza dengan penyerang kelab divisyen dua Liga

 Kim Swee pening beberapa kelab tak beri kerjasama bentuk skuad

Jepun (J2), Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh Razak yang sebaliknya mendapat sokongan penuh untuknya menyertai latihan bersama pasukan negara.

Jelas Hadi, walaupun saingan J2 akan bermula pada 24 Februari ini, majikannya tetap membenarka­n dia untuk pulang ke tanah air kerana bagi kelab di sana semangat mewakili negara lebih utama daripada segala-galanya.

“Alhamdulil­lah saya dapat ‘lampu hijau’ kerana mereka beritahu bukan senang untuk bermain dengan pasukan negara. Pemain di sana pun bukan semua dapat bermain untuk Jepun.”

 ??  ?? KIM Swee (tengah) ketika mengendali­kan sesi latihan skuad negara di Bukit Jalil, semalam.
KIM Swee (tengah) ketika mengendali­kan sesi latihan skuad negara di Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia