Harian Metro

Tindakan KFA wajar dicontohi

- Noorazura Abdul Rahman sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Tindakan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengheret kes perpindaha­n kontrovers­i pemain muda negara, Akhyar Rashid ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membuka mata banyak pihak serta dilihat dimensi baharu dalam arena bola sepak negara.

Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, tindakan KFA menjadikan persatuan itu sentiasa diberi perhatian termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mula melakukan perubahan sewajarnya dalam tindakan mereka.

Malah katanya, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam sendiri bersetuju dengan beberapa perkara yang dibangkitk­an KFA dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Saya sebenarnya tak mahu komen lebih lanjut kes ini, tapi apa yang kami lakukan sudah berada di landasan yang betul, kami lihat banyak perubahan yang berlaku dalam FAM termasukla­h dengan Setiausaha Agung FAM yang bersetuju dengan perkara yang dibincangk­an bersama sebelum ini.

“Mengenai perjalanan kes Akhyar, peguam yang dilantik sedang membuat penelitian akhir dan pengurusan KFA sudah diberi penerangan mengenainy­a,” katanya semalam.

Bagaimanap­un, beliau enggan mendedahka­n tarikh sebenar mereka memfailkan kes itu.

“Peguam kami sudah menghantar surat kepada FAM mengikut prosedur dan perlembaga­an, saya tak mahu komen lebih sebab kes ini kami nak bawa ke CAS, apa yang saya boleh beritahu kami sayangkan industri bola sepak tanah air dan tindakan ini adalah untuk memperbetu­lkan keadaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia