Harian Metro

Padang becak gugat rentak

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

BSathianat­han percaya jika keadaan padang di Stadium Petaling Jaya tidak becak, skuad kendaliann­ya mampu meraih keputusan lebih baik pada aksi Liga Super menentang PJ City malam kelmarin.

Pada aksi itu, skuad Red Giants diikat 1-1 dan nyaris diaibkan apabila terpaksa bangkit di hujung permainan menerusi gol penyamaan Rufino Segovia menerusi sepakan penalti selepas sebelum itu tuan rumah mendahului pada minit ke-80 juga hasil penalti disempurna­kan Pedro Henrique.

“Pemain saya agak bergelut di atas padang becak yang tentunya menyukarka­n pergerakan. Bukan saja Selangor, tapi PJ City juga mengalami situasi sama.

“Namun, saya puas hati dengan komitmen dan kesungguha­n pemain walaupun sedar bukan mudah bermain di atas padang sebegini.

“Kalau padang lebih baik dan tidak becak, saya rasa kami boleh meraih keputusan positif. Tapi, ada juga beberapa kelemahan yang perlu diatasi, apa yang kami nampak pemain gopoh di depan gol. Banyak hantaran

 Selangor, PJ City gagal pamer prestasi sebenar

lintang yang tidak disambut,” kata bekas ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai prestasi tonggak importnya, Antonio German yang dicemuh penyokong setia Merah Kuning susulan aksi hambar, beliau masih memberikan peluang buat German untuk mempamerka­n aksi sebenarnya.

“Dia pemain yang ada kaliber, cuma keadaan padang mungkin sedikit sebanyak menjelaska­n aksinya di atas padang. Malah, ketika perlawanan pertama menentang FELDA United, dia mengalami bisul di kakinya.

“Sebab itu pergerakan dia

sikit terbatas, tapi tetap berjaya menyumbang gol ketika seri (1-1) dengan FELDA,” katanya yang turut berharap seorang lagi penyerang berbisanya, Rufino segera menemui sentuhan pemusnah selepas ini.

Selangor kini mengumpul dua mata daripada dua aksi yang dilalui setakat ini dan berada di tangga kelima di belakang Pahang yang muncul pendahulu liga dengan enam mata.

Juara liga enam kali itu berdepan skuad adik, PKNS FC di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

 ?? B
LUQMAN HAKIM ZUBIR ?? RUFINO (tengah) selamat maruah Selangor selepas sekat hasrat PJ City raih tiga mata. Pemain saya agak bergelut di atas padang becak yang tentunya menyukarka­n pergerakan” GERMAN perlu tingkat sentuhan pemusnah.
B LUQMAN HAKIM ZUBIR RUFINO (tengah) selamat maruah Selangor selepas sekat hasrat PJ City raih tiga mata. Pemain saya agak bergelut di atas padang becak yang tentunya menyukarka­n pergerakan” GERMAN perlu tingkat sentuhan pemusnah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia