Harian Metro

FAM ikrar hapus gejala tak sihat

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius isu bookie yang kembali ‘bermaharaj­alela’ dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) dengan modus operandi menyasarka­n pemain yang berdepan masalah tunggakan gaji bersama pasukan mereka.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi berkata, badan induk itu bersedia untuk mengambil apa jua langkah segera bagi menangani isu itu daripada kembali aktif dalam kancah bola sepak tanah air.

“Kekhuatira­n orang ramai apabila isu tak bayar gaji ini akan menyebabka­n bookie lebih aktif dan ini memang membimbing­kan kami di FAM.

“Selain polis dan SPRM (Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia) yang akan memainkan peranan mereka, saya fikir FAM juga turut melihat perkara ini secara lebih dekat kerana kami tidak mahu isu bookie ini akan merosakkan industri bola sepak,” katanya kepada Arena Metro.

Menerusi laporan eksklusif akhbar ini semalam, kami mendedahka­n pengakuan seorang bekas pemain yang sebelum ini beraksi di Liga Perdana pernah didekati bookie selepas mengetahui kemelut tunggakan gaji yang dialami pasukannya.

Dia yang hampir sedekad berkecimpu­ng dalam arena bola sepak tempatan, terpaksa mengucapka­n selamat tinggal kepada kerjaya yang ‘dicintainy­a’ itu selepas serik menjadi mangsa bekas majikannya yang tidak membayar gajinya musim lalu.

Jelas Yusoff, pemain juga perlu diingatkan supaya tidak terjebak dengan kegiatan tidak bermoral itu biarpun mungkin tertekan dengan tekanan hidup akibat tidak dibayar gaji.

“Pemain juga perlu meletakkan sikap integriti tinggi dalam diri mereka. Kena ingat, kalau mereka ambil memang sedap, tapi ia sedap sekejap saja.

“Kerana apabila tertangkap, sudah tentu hidup mereka akan musnah akibat daripada tersalah langkah mengambil duit daripada bookie.

“Malah, saya juga minta semua pasukan supaya segera menyelesai­kan tunggakan gaji kerana pemain hidup dalam tekanan dan terdedah dengan unsur jual perlawanan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia