Harian Metro

Ismail sedia upah peguam luar

-

Shah Alam: Penantian satu penyeksaan menyebabka­n bekas pengendali Kuantan FA, Ismail Zakaria mungkin akan mengambil tindakan undang-undang selepas

tunggakan gajinya berjumlah RM300,000 masih belum diselesaik­an walaupun sudah menunggu selama setahun.

Sambil menekankan sabarnya mempunyai had, Ismail yang kini jurulatih UiTM sudah menghubung­i bahagian undang-undang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendapatka­n pandangan sebelum tindakan susulan diambil.

Ismail berkata, beliau dimaklumka­n FAM sudah menghantar surat kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) bagi mendapatka­n penjelasan lanjut mengenai masalah itu seterusnya memberi tempoh sebulan bagi menyelesai­kan tunggakan gaji.

“Saya bagi tempoh sebulan untuk perkara ini diselesaik­an dan jika tiada apa tindakan mungkin saya akan mengupah peguam luar untuk mendapatka­n hak saya.

“Masalah ini sudah berlanjuta­n untuk tempoh setahun dan sepatutnya pihak berkaitan belajar dengan apa yang terjadi kepada pemain dan jurulatih Kuantan FA supaya isu tunggakan gaji tidak berulang,” katanya.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan Kuantan FA masih berdepan bayaran gaji tertunggak mencecah RM1 juta.

Walaupun FAM sudah mengarahka­n pengurusan Kuantan FA menyelesai­kan masalah itu namun bekas pemain dan jurulatih masih lagi belum mendapat bayaran walaupun sudah menunggu selama setahun.

Selain itu, Ismail berkata, tindakanny­a itu diambil bagi mendapatka­n haknya dan pemain memandangk­an Kuantan FA kini sudah berkubur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia