Harian Metro

“J Dua bulan OK lagi...

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

ika dua bulan masih lagi boleh kawal tapi kalau tunggakan gaji hingga tiga atau empat bulan memang tak boleh tahan,” itu antara keluhan penyerang Perlis, Khyril Muhymeen Zambri mengenai isu tunggakan gaji yang melanda skuad Singa Utara hingga menimbulka­n pelbagai spekulasi terhadap pasukan itu.

Malah, Khyril juga turut mengakui semua pemain Perlis bermain dalam keadaan tertekan dan hanya mampu bersabar dalam menghadapi kemelut yang melanda pasukan kendalian Manzoor Azwira Abdul Wahid.

Bekas penyerang Kedah itu berkata, dia berharap pihak pengurusan dapat menyelesai­kan masalah itu dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih ‘parah’.

“Dalam bola sepak memang lumrah gaji tertunggak namun saya sebelum ini belum pernah merasai keadaan seperti ini (gaji tertunggak) namun tetap beri peluang kepada pengurusan untuk menyelesai­kannya.

“Setakat ini, kalau dua bulan boleh lagi kawal kalau tunggakan mencecah tiga atau empat bulan memang berat juga,” katanya.

Khyril turut menyumbang dua gol ketika Perlis membenam UiTM FC

3-0 pada aksi Liga Perdana di Shah Alam, kelmarin. Pemain import Kevin Osei melengkapk­an kemenangan

 Khyril gesa PFA lunas segera gaji pemain

itu.

Perlis dihimpit pelbagai isu apabila gagal menyelesai­kan tunggakan gaji hingga timbul pelbagai spekulasi pemain mereka akan meninggalk­an pasukan.

Selain itu, Khyril juga mahu masalah itu diselesaik­an segera memandangk­an ada antara pemain yang mempunyai tanggungan sekali gus boleh menjejaska­n momentum mereka untuk meraih lebih banyak kejayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia