Harian Metro

AIR BERTUKAR HITAM

- Hazsyah Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Nelayan resah sumber rezeki terjejas Sungai Long Towie tercemar

yang bekerja sebagai nelayan sungai.

Katanya, tiada sesiapa yang tahu punca sebenar kejadian air sungai menjadi hitam, namun penduduk percaya ia mungkin disebabkan hasil pembuangan sisa kilang kelapa sawit berhampira­n.

“Apabila saya turun ke sungai bersama rakanrakan lain, kami terkejut selepas mendapati air sungai menjadi hitam selain menemui banyak udang mati di tebing sungai.

“Keadaan ini amat membimbang­kan kerana ia memberi kesan besar kepada saya sendiri dan 84 nelayan lain di sini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

John berkata, kebimbanga­n mereka itu ekoran kejadian pencemaran sungai sebelum ini yang mengakibat­kan tiada hasil ikan atau udang di sungai berkenaan selama hampir enam bulan.

“Bayangkan. Ia tempoh yang sangat lama dan sumber pencarian utama kami musnah begitu saja untuk tempoh yang lama.

“Apa yang dapat kami (nelayan) jual selepas ini. Tiada lagi ikan dan udang dapat ditangkap di sungai yang menjadi tempat kami mencari rezeki,” katanya.

John berkata, dia sudah membuat laporan berhubung kejadian itu kepada Jabatan Alam Sekitar

(JAS) namun masih belum menerima maklum balas.

“Kami sudah banyak kali mengadu hal ini. Dalam setahun, empat atau lima kali pembuangan sisa beracun berlaku.

“Kami difahamkan ada tindakan undangunda­ng dikenakan ke atas pihak berkaitan namun pencemaran masih berlaku di sungai ini. Kami sudah tidak tahan dengan keadaan ini,” katanya.

John berkata, seluruh penduduk kampung mahu pihak berwajib tampil membantu mereka menyelesai­kan masalah itu secepat mungkin.

“Ya, mungkin pihak bersalah pernah diambil tindakan, tetapi kami macam mana? Tolonglah fikirkan nasib orang kampung juga,” katanya.

 ??  ?? AIR Sungai Long Towie dicemari minyak
dan bertukar warna hitam disyaki penyebab ratusan anak udang mati.
AIR Sungai Long Towie dicemari minyak dan bertukar warna hitam disyaki penyebab ratusan anak udang mati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia