Harian Metro

Tapak tangan koyak dihiris cermin

-

Tuaran: Seorang pemandu lori nyaris putus tangan selepas lori dipandunya terbabas sendiri dalam kejadian berhampira­n Bulatan Kuda, Jalan Laya-laya, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 pagi itu, mangsa Alvin Chan Kok Kiong, 33, yang memandu dari arah pusat banda raya ke Tuaran itu mengalami kecederaan selepas tangannya ‘terhiris’ kaca cermin lori yang pecah akibat terbalik.

Seorang lagi rakan mangsa, Tan Kian Siong, 31, bagaimanap­un terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan serius.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.23 pagi daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, seramai tujuh anggota dan sebuah jentera dikerah ke lokasi bersama kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, kita mendapati sebuah lori tiga tan terbalik di bahu jalan dan kedua-dua mangsa berada dalam keadaan sedar.

“Pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan koyak tapak tangan dan diberi rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke hospital Tuaran untuk menjalani rawatan selanjutny­a,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kejadian dikatakan berpunca akibat pemandu hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi bahu jalan,” katanya.

Katanya, operasi tamat jam 4.50 pagi selepas pemeriksaa­n lokasi mendapati tiada bahaya lain yang boleh menyebabka­n kemalangan.

 ??  ?? SEORANG pemandu koyak tapak tangan selepas lori dipandunya terbabas berhampira­n Bulatan Kuda, Jalan Laya-laya.
SEORANG pemandu koyak tapak tangan selepas lori dipandunya terbabas berhampira­n Bulatan Kuda, Jalan Laya-laya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia