Harian Metro

Polis gempur sarang dadah

-

Kota Kinabalu: Seramai 58 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan membabitka­n penyalahgu­naan dadah dalam beberapa siri operasi sejak 2 Februari lalu sehingga kelmarin di sekitar Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, turut berjaya dirampas iaitu 20 gram dadah termasuk menerusi Ops Sarang yang dilakukan kelmarin.

“Operasi bermula jam 9 pagi kelmarin itu menahan 11 individu dan merampas 10.71 gram dadah jenis syabu bernilai RM1,600 di Kampung Bakau, Likas dan kawasan Jelapang Padi, Inanam.

“Manakala dalam operasi berasingan sepanjang minggu ini, polis turut berjaya merampas sebanyak 9.3 gram dadah bernilai RM1,395 dan 47 individu termasuk lapan daripadany­a melakukan kesalahan memiliki dadah,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Habibi berkata, semua tangkapan berusia antara 14 hingga 60 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambah beliau lagi, operasi itu dilaksanak­an hasil kerjasama daripada sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Operasi ini adalah berdasarka­n risikan dan maklumat awam di kawasan sarang penagihan dan pengedaran dadah di sekitar Kota Kinabalu,” katanya.

 ?? Habibi ?? Operasi bermula jam 9 pagi kelmarin itu menahan 11 individu dan merampas 10.71 gram dadah jenis syabu bernilai RM1,600 di Likas dan Inanam”
Habibi Operasi bermula jam 9 pagi kelmarin itu menahan 11 individu dan merampas 10.71 gram dadah jenis syabu bernilai RM1,600 di Likas dan Inanam”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia