Harian Metro

Tipu air kencing

- Norasikin Dianeh norasikin_daineh @nstp.com.my

 Mat gian guna air longkang, air paip elak kesan dadah

Isi botol pemeriksaa­n urin menggunaka­n air longkang dan air paip. Begitulah taktik seorang penagih dadah bagi mengelak air kencingnya diperiksa dalam Operasi Bersepadu di Stesen Penguatkua­sa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Telipok, dekat sini, kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 9 pagi itu, lelaki berusia 36 tahun antara 10 yang ditahan sepasukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Penguatkua­sa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Ketua Pegawai AADK Tuaran, Asraf Hafiz Ruslan berkata, operasi itu dijalankan dengan kerjasama JPJ sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Antara ditahan termasuk seorang lelaki cuba memalsukan ujian air kencing dengan mengambil air longkang yang berisi pasir diisi ke dalam botol urin namun gagal selepas perbuatann­ya itu disedari anggota AADK.

“Suspek kemudian sekali lagi bertindak memasukkan air paip ke dalam botol itu namun juga tidak berjaya sebelum akhirnya terpaksa menyerahka­n sampel air kencing yang sebenar dan didapati positif dadah jenis syabu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Asraf Hafiz, 10 individu berusia antara 18 hingga 41 tahun itu ditahan selepas didapati positif dadah jenis syabu dalam pemeriksaa­n terbabit.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata, pihak AADK Tuaran akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membantera­s kegiatan penagihan dadah di kawasan itu.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgu­naan dadah boleh memberikan maklumat dengan menghubung­i AADK Tuaran di talian 088-788336 atau tampil ke pejabat AADK berhampira­n,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penagih yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Jalan Telipok.
SEBAHAGIAN penagih yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Jalan Telipok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia