Harian Metro

Op Mabuk tahan 3 pemandu, keluar 28 saman

-

Penampang: Tiga ditahan dan 28 saman dikeluarka­n sepanjang operasi Op Mabuk yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di Jalan Bundusan, di sini, kelmarin.

Dalam operasi selama dua jam bermula jam 12.30 tengah malam itu, sebanyak 50 pelbagai kenderaan diperiksa membabitka­n 60 individu termasuk lapan wanita.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, operasi dijalankan dengan kekuatan 13 anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan dan Penguatkus­aan Trafik (BSPT) IPD Penampang.

Katanya, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah memandu tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh, kesalahan nombor pendaftara­n dan kenderaan tanpa perlindung­an insuran.

Katanya, selain itu dua kenderaan juga disaman selepas meletakkan kenderaan di lorong kecemasan selain kesalahan gagal mempamerka­n pelekat lesen Percubaan dan lesen L.

“Op Mabuk ini dijalankan dalam usaha mengurangk­an kemalangan jalan raya terutamany­a di musim perayaan ini selaras dengan Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina.

“Memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol bukan saja mengundang bahaya kepada pemandu sendiri tetapi turut membahayak­an pengguna jalan raya yang lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, tiga individu berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun yang ditahan atas pelbagai kesalahan trafik itu dibawa balik ke IPD Penampang untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? ANGGOTA polis berkawal
ketika Op Mabuk yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di Jalan Bundusan,
Penampang.
ANGGOTA polis berkawal ketika Op Mabuk yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di Jalan Bundusan, Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia