Harian Metro

Bawah RM3,000 tiada cukai

- Melvin Joni am@hmetro.com.my

 Hubungi LHDN andai ragu-ragu

Surat Program Pengakuan Sukarela daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh diabaikan sekiranya pendapatan individu kurang daripada RM3,000 sebulan.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong

Chieng Jen berkata, golongan mempunyai tahap pendapatan sedemikian adalah dikecualik­an membayar cukai pendapatan.

“Mungkin ada individu menerima surat ini daripada LHDN, tetapi anda tidak perlu risau sekiranya pendapatan bulanan di bawah RM3,000 tidak melayakkan anda dikenakan cukai,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat DAP Sarawak, semalam.

Bagaimanap­un, Chieng Jen yang juga Pengerusi DAP Sarawak berkata, bagi mereka yang ragu-ragu sama ada dikenakan cukai atau tidak, mereka boleh mendapatka­n khidmat nasihat daripada perunding cukai LHDN.

“Sementara bagi individu yang memang pembayar cukai, tetapi tidak pernah mendaftar atau telah mendaftar, namun belum melaporkan pendapatan, golongan berkenaan digalakkan sukarela tampil membuat pengisytih­aran,” katanya.

Katanya, ia kerana di bawah program itu, seseorang pembayar cukai perlu membayar jumlah cukai dan ditambah dengan hanya 10 peratus penalti.

“Ia berbanding dasar sebelum ini di mana pembayar perlu membayar jumlah cukai dengan tambahan penalti 100 hingga 300 peratus,” katanya.

Pelaksanaa­n program sukarela dengan penalti hanya 10 peratus itu akan dilakukan sehingga 31 Mac 2019.

Maklumat lanjut mengenai program boleh didapati dari Pejabat LHDN terdekat atau muat turun Garis Panduan Program Khas Pengakuan Sukarela daripada portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line di talian 1-800-88-5436.

 ??  ?? NADIN Junianti (tiga dari kiri) melihat gambar suaminya bersama tiga anak dan ibu mentuanya, Zuana Laudiato, 54, ketika ditemui di rumah mereka di penempatan setinggan berhampira­n Sim-Sim, di Sandakan.
NADIN Junianti (tiga dari kiri) melihat gambar suaminya bersama tiga anak dan ibu mentuanya, Zuana Laudiato, 54, ketika ditemui di rumah mereka di penempatan setinggan berhampira­n Sim-Sim, di Sandakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia