Harian Metro

‘Tolong selamatkan suami saya’

-

Sandakan: Isteri nelayan tempatan yang diculik di perairan Pegasus Reef dekat Kinabatang­an pada Disember lalu, merayu pasukan keselamata­n segera menyelamat­kan suaminya.

Mendakwa dihubungi penculik pagi semalam, Nadin Junianti Najiri, 25, berkata, kumpulan terbabit memaklumka­n tiada wakil kerajaan Malaysia menghubung­i mereka untuk berunding mengenai suaminya, Jari Abdullah, 34, sehingga semalam.

Katanya, pihak penculik yang kurang lancar berbahasa Melayu juga mengugut suaminya akan berada dalam keadaan ‘susah’ jika tiada rundingan dengan kerajaan Malaysia.

“Ini kali kedua kami dihubungi pihak penculik. Mereka cakap dia (Jari) sekarang ‘susah’ sebab orang di sana (kumpulan penculik) sudah marah.

“Kami tidak tahu mahu ke mana (mengadu), mahu buat apa. Tolonglah kami selamatkan dia (Jari),” katanya ketika dihubungi semalam.

Nadin Junianti turut mendakwa kumpulan penculik yang menghubung­inya ada meminta nombor telefon wartawan tempatan dari Sabah.

Pada 6 Disember lalu,

Jari bersama dua lagi nelayan warga Indonesia, Heri Ardiansyah, 19, dan Hariadin, 45, dilaporkan hilang daripada bot mereka ketika menangkap ikan di perairan Pegasus Reef Kinabatang­an.

Dalam kejadian itu, tiga nelayan terbabit dilaporkan hilang selepas sebuah bot nelayan ditemui tanpa kelibat ketiga-tiga mangsa dan disahkan diculik selepas seorang daripada isteri mangsa menerima panggilan daripada mangsa mendakwa dibawa ke sebuah tempat tidak diketahui di Filipina.

Pada 5 Disember lalu, berlaku serangan oleh empat lelaki bersenjata api ke atas bot tunda yang membawa 12 kru terdiri daripada dua warga Malaysia dan 11 kru warga Indonesia di perairan Pegasus Reef, Kinabatang­an.

Tekong bot, Didy Saviady, 40, cedera di paha akibat terkena tembakan yang dilepaskan kumpulan terbabit manakala semua kru selamat.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, ketika dihubungi berkata, pasukan keselamata­n Malaysia bekerjasam­a dengan kerajaan Filipina dalam usaha menyelamat­kan mangsa.

 ??  ?? JARI yang diculik di perairan Pegasus Reef.
JARI yang diculik di perairan Pegasus Reef.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia