Harian Metro

MUNAJAT DI PUSARA WIRA

Wira insiden Pulau Warisan ziarah pusara Abdul Bari

- Zaid Salim am@hmetro.com.my

“Kami akan kenang Allahyarha­m (Abdul Bari Asyraf) sebagai sahabat walaupun tidak pernah mengenali antara sama lain,” kata Mohd Amiro Hafizol Zukafli, 29.

Mohd Amiro Hafizol antara lima wira dalam insiden di Pulau Warisan, Jumaat lalu ditemui ketika menziarahi pusara Allahyarha­m Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah, semalam.

Dia bersama tiga lagi wira iaitu Saiful Anuar Mohd, 37, Shahrul Mizan Harun, 34, dan Mohammad Asadullah Jamaluddin, 28, meluangkan masa hampir satu jam di pusara berkenaan.

Allahyarha­m Abdul Bari, Mohd Amiro Hafizol, Saiful Anuar Mohd, 37, Shahrul Mizan Harun, 34, Mohammad Asadullah Jamaluddin, 28, Omar Abdul Aziz Othman, 27, dan Mohd Amiro Hafizol Zukafli, 29, menjadi sebutan kerana keberanian mereka menyelamat­kan nyawa lima sekeluarga yang nyaris lemas selepas pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki meluncur sebelum terjunam ke sungai jam 9.40 malam.

Bagaimanap­un, Abdul Bari hilang dalam kejadian itu sebelum ditemui lemas pada Ahad di kawasan kuala Sungai Terengganu oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam jam 7.23 pagi, 2.5 kilometer dari lokasi kejadian.

Turut ke pusara Allahyarha­m Abdul Bari bersama empat wira terbabit ialah bapa dan adik Allahyarha­m, Mohd Mustafa, 66, dan Ahmad Lutfi, 21.

Menurut Mohd Amiro Hafizol, keberanian Allahyarha­m adalah satu perkara yang luar biasa dan pemergiann­ya memberi kesan mendalam kepada mereka berlima.

“Memang kami tidak mengenali tetapi kami anggap dia hero sebenar dan kami akan ingat apa yang berlaku pada malam itu sampai bila-bila.

“Doa kami agar Allahyarha­m tenang dan ditempatka­n dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Menurutnya, dia menyedari kehilangan Allahyarha­m selepas semua mangsa berjaya dibawa ke tebing.

“Saya yang terakhir terjun ke sungai membantu membawa kanak-kanak berusia 11 tahun naik ke darat selepas rakan keletihan dan meminta saya membantu kanak-kanak terbabit.

“Ketika itu, kanak-kanak terbabit dihanyutka­n arus ke tengah sungai. Dia tidak tahu berenang tetapi saya kagum kerana dia tidak panik dan pandai mengapung dirinya dalam keadaan telentang,” katanya.

Saiful Anuar dari Kampung Pulau Rusa pula berkata, bibirnya tidak pernah putus membaca doa Nabi Yunus dan sentiasa ingat Allah ada bersama mereka sepanjang berada di dalam sungai.

Menurutnya, ketika kejadian dia baru selesai membuat persiapan untuk berniaga di gerainya, 300 meter dari lokasi kejadian.

 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri, Mohd Amiro, Mohammad Asadullah, Ahmad Lutfi, Mohd Mustapa, Saiful Anuar dan Shahrul Mizan menziarahi pusara Abdul Bari di Tanah Perkuburan Islam Merbau Patah.
DARI kiri, Mohd Amiro, Mohammad Asadullah, Ahmad Lutfi, Mohd Mustapa, Saiful Anuar dan Shahrul Mizan menziarahi pusara Abdul Bari di Tanah Perkuburan Islam Merbau Patah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia