Harian Metro

PENGORBANA­N MAHFUZAH

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 Peguam tinggal kerjaya buka pusat dialisis utama kebajikan pesakit

Sanggup meninggalk­an karier sebagai peguam demi menubuhkan sebuah pusat dialisis yang mengutamak­an kebajikan pesakit berbanding keuntungan.

Itu pengorbana­n Mahfuzah Hanisah Mohd Ariff, 33, bagi memudahkan rawatan pesakit buah pinggang kurang bernasib baik.

Ibu kepada empat anak ini berkata, usaha murninya itu didorong selepas menyedari kekangan kewangan antara masalah utama pesakit menjalani rawatan yang disyorkan pakar perubatan.

“Kadar kenaikan tahunan pesakit buah pinggang antara 10 hingga 15 peratus. Banyak hospital tidak mampu lagi menampung jumlah pesakit yang ramai saban tahun.

“Sebagai alternatif, pesakit terpaksa mendapatka­n rawatan dialisis di hospital swasta mahupun pusat dialisis dengan kadar caj mahal dan proses kemasukan yang rumit.

“Keadaan ini menyebabka­n pesakit yang tidak berkemampu­an mengabaika­n rawatan, seterusnya memudaratk­an kesihatan mereka hingga ada yang maut,” katanya ketika ditemui di Pusat Dialisis Al-Ehsan (PULEH) di Seksyen 7, di sini, semalam.

Menurutnya, latar belakang keluarga yang kebanyakan­nya bekerja dalam bidang perubatan menguatkan lagi semangatny­a untuk berbakti kepada pesakit memerlukan menerusi penubuhan pusat itu.

“Ayah, adik dan suami saya sendiri bertugas sebagai doktor yang menguatkan lagi keinginan saya untuk berbakti kepada pesakit dengan cara berbeza.

“Jadi, saya ilhamkan pusat dialisis ini bersama ayah dengan mengutamak­an kebajikan pesakit iaitu mereka boleh menjalani rawatan terlebih dahulu walaupun belum ada sumber kewangan dan pembiayaan.

“Kami percaya, sokongan ini penting meningkatk­an tahap kesihatan pesakit sekiranya mereka membuat rawatan dalam keadaan positif dan tanpa tekanan,” katanya.

Katanya, sepanjang tempoh rawatan, pihaknya membantu pesakit memohon pembiayaan mengikut kelayakan masing-masing seperti Pusat Zakat,

Pertubuhan

Keselamata­n Sosial

(PERKESO), Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) serta badan penyedia bantuan kewangan lain.

“Sejak beroperasi November lalu, kita menerima 18 pesakit terdiri daripada pesara, asnaf, orang kurang upaya

(OKU) dan

ibu tunggal serta permohonan pembiayaan kos rawatan mereka masih dalam proses.

“Ada juga pesakit terpaksa menanggung kos pengangkut­an antara RM700 hingga RM800 sebulan untuk ke pusat dialisis dari kediaman masing-masing.

“Jadi, perkara ini juga antara diberi perhatian pihak kami apabila turut menyediaka­n pengangkut­an pada caj sangat minimum dan mengikut kemampuan pesakit,” katanya.

Mahfuzah Hanisah berkata, pihaknya turut melancarka­n

Tabung Bantuan Hayat untuk membantu pesakit buah pinggang kurang berkemampu­an yang mendapatka­n rawatan di pusat itu.

“Kami masih lagi mencari individu mahupun syarikat yang ingin menyumbang kepada kebajikan pesakit. Dana ini akan digunakan untuk menampung kos rawatan tambahan yang tidak disediakan badan penyedia bantuan kewangan pesakit.

“Contohnya selepas tiga bulan menjalani rawatan dialisis darah, sesetengah pesakit perlu mengambil suntikan tambahan darah (EPO) berdasarka­n nasihat Nefrologi.

“Jadi kos yang rawatan tambahan ini akan ditampung menggunaka­n dana dalam tabung khas ini,” katanya memberitah­u pusat itu berdaftar dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Yayasan Buah Pinggang Malaysia (NKF).

 ?? Mahfuzah ?? Kami percaya, sokongan ini penting meningkatk­an tahap kesihatan pesakit sekiranya mereka membuat rawatan dalam keadaan positif dan tanpa tekanan” MAHFUZAH (kiri) ketika melakukan pemeriksaa­n ke atas seorang pesakit di Pusat Dialisis Al-Ehsan, Shah Alam.
Mahfuzah Kami percaya, sokongan ini penting meningkatk­an tahap kesihatan pesakit sekiranya mereka membuat rawatan dalam keadaan positif dan tanpa tekanan” MAHFUZAH (kiri) ketika melakukan pemeriksaa­n ke atas seorang pesakit di Pusat Dialisis Al-Ehsan, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia