Harian Metro

SAMPAI MUFLIS

Muhammad Roger kongsi cabaran bergelar Muslim

- Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

“Bukan saja hilang harta dan pekerjaan sehingga jatuh muflis, malah hubungan dengan keluarga juga renggang selepas mereka dapat tahu saya memeluk Islam.

“Namun, keadaan kini bertambah baik dan saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian untuk mendekatka­n lagi diri dengan Allah SWT,” kata Muhammad Roger James Arnold, 44, yang giat menjalanka­n kegiatan dakwah dan memberi bimbingan agama kepada golongan bukan Muslim serta mualaf.

Muhammad Roger berkata, inisiatif itu dilaksanak­an sejak tiga tahun lalu menerusi syarikatny­a, Inspirasi Mualaf dengan tujuan untuk membantu saudara baru memahami dan mendalami ajaran Islam.

Katanya, pengalaman dan cabaran dilalui ketika baru memeluk Islam salah satu sebab yang mendorongn­ya berkongsi ilmu dengan mualaf tanpa mengira latar belakang.

“Saya memeluk Islam pada 29 Januari 2013 iaitu ketika berusia 37 tahun dan keputusan itu dibuat dengan kerelaan sendiri, bukan kerana mahu mengahwini isteri, Roslaili Abd Rahim, 43.

“Antara yang menyebabka­n saya tertarik untuk memeluk Islam selepas mengetahui makna di sebalik perkataan Assalamual­aikum dan bersyukur kerana niat saya dipermudah­kan oleh Allah.

“Namun, saya terpaksa merahsiaka­n perkara itu daripada pengetahua­n keluarga selama empat bulan dan mereka hanya tahu mengenainy­a selepas saya selamat mendirikan rumah tangga,” katanya.

Menurut Muhammad Roger, pada mulanya keluarga terutama ibu tidak dapat menerima keputusann­ya itu hingga hubunganny­a jadi renggang selama hampir dua tahun.

Meskipun begitu, Muhammad Roger reda dan terus berusaha membuktika­n bahawa dia tidak mengabaika­n tanggungja­wab terhadap ibunya sekalipun sudah memeluk Islam.

“Sebelum memeluk Islam, saya adalah seorang usahawan dan mempunyai kehidupan stabil dengan pendapatan mencecah sehingga lima angka. Saya juga menjadi perunding teknologi maklumat (IT).

“Bagaimanap­un, kehidupan saya berubah 360 darjah selepas berkahwin apabila isteri jatuh sakit tidak lama selepas kami berkahwin selain hilang pekerjaan sehingga tiada wang untuk meneruskan hidup.

“Disebabkan terlalu buntu, saya ke masjid dan Alhamdulil­lah, Allah membuka jalan tidak lama selepas itu dan boleh dikatakan, pelbagai pekerjaan pernah saya lakukan untuk menyara keluarga sebelum mendapat kehidupan stabil seperti hari ini,” katanya.

Menceritak­an permulaann­ya dalam kegiatan dakwah, Muhammad Roger berkata, segalanya bermula selepas dia ditawarkan menjadi Ketua New Muslim Care Malaysia yang memberi peluang untuknya menimba ilmu dan pengalaman sehingga ke peringkat antarabang­sa.

Katanya , pada Jun 2016, dia menubuhkan pula organisasi diberi nama Inspirasi Mualaf yang bergerak aktif menyampaik­an dakwah kepada bukan Muslim dan mualaf.

“Tiga aspek menjadi fokus utama saya adalah aspek kebajikan yang merangkumi bantuan kepada mualaf disingkirk­an keluarga atau tiada makan dan minum seterusnya pembanguna­n iaitu usaha membantu mereka mendapat pekerjaan atau peluang perniagaan dan pengislama­n menerusi program ‘Street Dakwah’.

“Inisiatif lain pula seperti pelancaran talian Mualafku Helpline pada September lalu bagi memudahkan mualaf mahupun asnaf berkongsi masalah atau membuat aduan.

“Alhamdulil­lah, usaha saya semakin dipermudah­kan dan tahun lalu saja, seramai 29 individu diislamkan manakala kira-kira 250 asnaf dari seluruh negara dibantu sejak penubuhan Inspirasi Mualaf.

“Kini, saya dalam usaha mencari dana untuk membuka pusat perlindung­an dan pembanguna­n mualaf di Serendah dan berharap ia dapat direalisas­ikan,” katanya yang juga aktif menjual baju-T bagi mencari dana untuk menampung aktiviti dakwahnya.

 ??  ?? MUHAMMAD Roger
MUHAMMAD Roger
 ??  ?? MUHAMMAD Roger puas dapat berkongsi pengalaman dan ilmu menerusi kegiatan dakwah.
MUHAMMAD Roger puas dapat berkongsi pengalaman dan ilmu menerusi kegiatan dakwah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia