Harian Metro

Harap dapat kebumi cepat

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz am@hmetro.com.my

“Saya harap anak saya dapat dikebumika­n secepat mungkin. Kami sekeluarga sudah menerima hakikat dan reda dengan pemergiann­ya, tetapi kami harap dapat semadikann­ya seperti jenazah yang lain dan ingin baca Yassin kepadanya,” luah Solihah Abdullah, 35, ibu kepada Siti Masitah Ibrahim, 11 yang dibunuh kejam pada 30 Januari lalu.

Menurutnya, dia dan keluarga sabar menunggu proses siasatan dan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) dilengkapk­an polis sebelum dibenarkan mengebumik­an jenazah anaknya.

“Saya tidak mahu fikir mengenai suspek yang ditahan. Saya anggap ia sudah selesai. Apa yang penting kami ingin tuntut jenazah Siti Masitah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan kebumikann­ya,” katanya di sini, semalam.

Mayat Siti Masitah ditemui penduduk kampung jam 5 petang Sabtu lalu di kawasan belukar Kampung Tanjung Medang Hilir dalam keadaan tidak sempurna selepas dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan beberapa jam selepas ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Pekan jam 11 malam pada hari dia dilaporkan hilang.

Siasatan polis mendapati kematian Siti Masitah disebabkan kecederaan parah di kepala dipercayai dipukul menggunaka­n objek tumpul.

Berdasarka­n pengakuan lelaki yang ditahan itu, kanak-kanak berkenaan dipukul menggunaka­n kayu di kepala kerana dendam dan marah dengan keluarga mangsa.

Sementara itu, Siti Solihah berkata, dia diminta menunggu siasatan dilengkapk­an polis dan akan dimaklumka­n untuk menuntut jenazah anaknya.

Kami sekeluarga sudah menerima hakikat dan reda dengan pemergiann­ya” Solihah Abdullah

 ??  ?? MOHD Khairi Tarmizi Ibrahim memeluk gambar dan barangan kesayangan kakaknya Siti Masitah di Kampung Kemahang, Tanjung Medang. SOLIAH bersama barangan kesayangan milik arwah Siti Masitah.
MOHD Khairi Tarmizi Ibrahim memeluk gambar dan barangan kesayangan kakaknya Siti Masitah di Kampung Kemahang, Tanjung Medang. SOLIAH bersama barangan kesayangan milik arwah Siti Masitah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia