Harian Metro

Moga mustajab doa ibu

- Muhd Amirul Faiz Ahmad am@hmetro.com.my

 Wanita sebak kenang nasib anak ditahan di Kemboja sejak dua bulan lalu

Air mata Masita Mohamad, 48, bercucuran sejurus mendengar ungkapan ‘doa seorang ibu cukup mustajab’ mengenang nasib anak perempuann­ya, Nur Ridwana Syahzani Hamddie, 21, yang ditahan di Kemboja sejak dua bulan lalu.

Nasihat itu yang diberikan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Pembanguna­n Keluarga dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah menusuk nalurinya sebagai seorang ibu yang terpisah dengan anak kesayangan­nya.

Apatah lagi, anak keempatnya itu pergi ke negara berkenaan semata-mata mahu mencari kerja bagi membantu meringanka­n bebannya dan mengubah nasib keluarga mereka.

Pada 11 Disember lalu, 47 rakyat Malaysia dengan 44 daripadany­a berasal dari Sarawak ditahan pihak berkuasa Kemboja selepas diperdaya sindiket pemerdagan­gan manusia ketika berada di negara berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan mendakwa semua mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam judi atas talian, namun sehingga kini mereka tidak dibawa ke mahkamah untuk dibicaraka­n.

Mengikut undang-undang Kemboja, semua mereka boleh ditahan selama tiga tahun tanpa bicara.

Masita memberitah­u, anaknya itu tidak pernah keluar dari negeri dan bekerja di salun di Bandaraya Kuching sebelum ini.

“Semua kawannya saya kenal, namun kawan yang ingin membawanya keluar bekerja dari Sarawak saya tidak kenal,” katanya.

Katanya, tiada wang pendahulua­n dibayar kerana tiket penerbanga­n ditanggung pihak yang tidak dimaklumka­n kepada dirinya.

“Selepas dia memasukkan wang itu ke dalam akaun saya pada penghujung November lalu, saya terus terputus hubungan dan hanya mengetahui dia ditangkap di Kemboja selepas dimaklumka­n Konsulat Malaysia di Kemboja pada 21 Januari lalu,” katanya.

Pada Oktober, dia bagi tahu mahu bekerja di Kuala Lumpur, namun beliau tidak membenarka­nnya.

Bagaimanap­un, dia berkeras mahu mencari rezeki lebih membantu kami sekeluarga. Nur Ridwana turut memaklumka­n, dia bekerja di Kuala Lumpur untuk tempoh tiga bulan saja dan kembali ke Sarawak selepas itu.

“Saya terkejut bila dia mengatakan berada di Kemboja. Selepas itu, dia hanya berkomunik­asi pada bulan sama dengan kakaknya kerana tidak mahu saya bimbang keadaannya di sana.

“Setiap minggu, dia berhubung menggunaka­n nombor telefon berlainan. Kerap kali cuba berhubung dari Sarawak, namun tidak berjaya,” katanya.

Sementara itu, bapa tiri mangsa tahanan yang bekerja sebagai mekanik, Mustapha Khan Habibulah Khan, 47, turut kelihatan murung dan sesekali bertanya soalan dengan nada perlahan membabitka­n keadaan semasa anaknya itu kepada Fatimah.

Mustapa berkata, dia memendam rasa apabila melihat komen di media sosial berkenaan nasib 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja dengan seorang daripada 44 orang dari Sarawak adalah anak tirinya.

“Ada yang memberi komen positif dan ada menghambur hinaan kepada tahanan itu, saya tidak dapat berbuat apa-apa dan biarlah mereka berkata apa yang mereka suka. Saya berharap semua 47 rakyat Malaysia, termasuk anak saya kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AHLI keluarga mangsa tahanan berada di Pejabat Wilayah Sarawak untuk menyelesai­kan urusan dokumentas­i ke Kemboja.
AHLI keluarga mangsa tahanan berada di Pejabat Wilayah Sarawak untuk menyelesai­kan urusan dokumentas­i ke Kemboja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia