Harian Metro

Luahan sayu ayah Jantung anak Lana terhenti 10 minit

- Syafil Syazwan Jefri am@hmetro.com.my

 Bapa Emma akui kurang masa bersama anak selepas menduda

Selepas memuat naik status nasihat kepada anaknya minggu lalu, terbaru, ayah pelakon Emma Maembong, Ismail Embong sekali lagi memuat naik status di Facebook miliknya.

Dalam muat naik itu, Ismail menulis coretan panjang mengenai bagaimana dia berdepan cemuhan netizen yang menuduh dia tidak tahu menjaga anak.

“Bisik masalah kepada PA (pembantu peribadi) selalunya bocor. Di sini, saya tewas. Cemuhan tak reti jaga anak dari telan saja,” tulisnya di laman sosial berkenaan.

Ismail juga berkongsi mengenai bagaimana dia sedar anaknya perlukan ibu untuk menjadi tempat mereka berkongsi cerita.

“Ada perkara sukar diluahkan kepada bapa, senang kepada ibu.

“Kini, anak itu dewasa dan mahu mencari pasangan masing-masing. Tapi, sukar bagi kita (dia dan anak) berkomunik­asi soal

“Rasanya lebih senang mereka berbisik kepada perempuan, seorang berstatus ibu kepada mereka,” tulisnya.

Dalam status sama, dia juga menulis luahan rasa yang bercerita mengenai kehidupann­ya tidak terlalu dekat dengan anak.

“Sejak menduda, saya tinggal solo (sendirian). Anak datang jenguk sesekali, setiap tahun (Raya) berkumpul.

“Mereka sibuk dengan urusan masing-masing. Yang dah kahwin kararlah (menetap) bersama keluarga mereka.

“Saya tak ganggu, saya tak jenguk. Tak pergi ke rumah mereka jika tidak dijemput suami masing-masing dan tidak pernah ada jemputan,” tulisnya.

Dalam coretan itu juga, Ismail berkata, dia tidak mengambil tahu mengenai kerjaya anaknya sebagai pelakon.

“Dua lagi yang belum kahwin, yang berlakon pun tidak tinggal sebumbung. Mereka lebih banyak bersama kakak yang sudah bersuami berbanding ayah.

“Saya tak ambil pusing kerjaya mereka. Bila cuti, mereka datang ajak ayah melancong. Memang sukar pantau anak perempuan yang meningkat dewasa,” tulisnya.

Status itu menerima lebih 850 dan dikongsika­n lebih 50 pengguna Facebook yang lain.

Ismail sebelum ini menasihati golongan wanita supaya menjauhi lelaki yang cuba membuka aib mereka. Pembedahan jantung akibat masalah injap

membabitka­n anak kedua pelakon, Lana Nodin iaitu William Daud Mckienzie, dua bulan ditangguhk­an selepas jantung bayi itu terhenti 10 minit.

“Anak dibawa ke bilik pembedahan jam 2.30 petang tadi (semalam). Ketika persediaan pembedahan, secara tiba-tiba jantung anak berhenti.

“Kemudian doktor beri bantuan pernafasan resutasi kardiopulm­onari (CPR). Selepas beberapa minit, jantung anak kembali berfungsi.

“Selepas itu, anak terus dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) bagi pemantauan rapi selama 48 jam. Jadi, pembedahan anak

Stenosis)

(Aortic

tak boleh dibuat hari ini (semalam),” katanya.

Lana berkata, dia memohon orang ramai mendoakan kesihatan dan kesejahter­aan anaknya.

“Hanya Allah saja tahu perasaan saya apabila dapat berita yang disampaika­n suami. Ketika itu saya sedang solat.

“Saya berdoa Allah permudahka­n segala urusan. Saya juga mengharap bantuan orang ramai sama-sama mendoakan anak,” katanya.

Terdahulu, anak kedua Lana dan suaminya, Mohd Daud McKienzie dimasukkan ke wad Institut Jantung Negara (IJN), di sini, kelmarin untuk menjalani pembedahan yang dijadualka­n petang semalam.

 ??  ?? EBBY
EBBY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia