Harian Metro

Aniaya asid

- Nurlela Zulkipli nurlela@nstp.com.my

 Lelaki didakwa cederakan rakan baik

Seorang pegawai kawalan kredit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan dengan sengaja mendatangk­an kecederaan parah terhadap seorang wanita yang juga rakan baiknya menggunaka­n bahan cecair disyaki asid pada 25 Januari lalu.

Tertuduh, Mohd Nazarudin Najimudin, 48, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, Mohd Nazarudin didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan parah kepada Nor Shafika Hasim, 32, menggunaka­n cecair sehingga melecur kepada mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Pandan Indah 22, Pandah Indah di sini, kira-kira jam 7.40 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan boleh didenda atau sebat jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang menyerah diri selepas kejadian itu ditemani isteri dan anak dan kelihatan tenang ketika mendengar pertuduhan dibacakan ke atasnya. Pendakwaan yang dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzi tidak menawarkan sebarang jaminan kerana bimbangkan keselamata­n mangsa sekiranya tertuduh dilepaskan.

“Mangsa dilaporkan kini parah di bahagian mata dan melecur sebahagian badan selepas disimbah asid,” katanya.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Nazarudin yang diwakili peguam K Ponnusamy dan menetapkan 14 Mac depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

 ??  ?? MOHD Nazarudin dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa, semalam.
MOHD Nazarudin dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia