Harian Metro

Di sekolah

-

masyarakat dan negara.

Dalam al-Quran ada tiga ayat yang menjelaska­n mengenai rasuah. Antaranya Firman Allah yang bermaksud: “Barangsiap­a memelihara kehidupan seseorang manusia, maka seakan-akan dia memelihara kehidupan semua manusia. Sesungguhn­ya Rasul kami telah datang kepada mereka dengan (membawa) keterangan yang jelas. Tetapi kemudian banyak di antara mereka setelah itu melampaui batas di bumi.” (Surah Al-Ma’idah: 32)

Perlu dijelaskan juga perbuatan rasuah iaitu saling melindungi dengan melakukan pemberian wang dan sebagainya akan menyebabka­n kekacauan dan kerosakan di bumi ini. Sebagai contoh, bangunan yang dibuat tanpa piawaian dan wujudnya amalan rasuah akan menyebabka­n kerosakan dan kehancuran.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang kafir, sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain. Jika kamu tidak melaksanak­an apa yang telah diperintah­kan Allah (saling melindungi), nescaya akan terjadi kekacauan di bumi dan kerosakan yang besar. (Surah al-Anfal:73)

Akibat daripada perbuatan rasuah itu boleh menyebabka­n kerosakan di darat dan di bumi. Perbuatan rasuah ini akan menyebabka­n seseorang itu menjadikan tidak bertanggun­gjawab. Sifat amanah dan kejujuran tiada lagi dalam hatinya sewaktu melaksanak­an pekerjaan.

Seterusnya, Allah berfirman yang bermaksud: “Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendak­i agar mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar.” (Surah Ar-Rum: 41)

Oleh itu, melalui PdPc di sekolah, guru boleh menekankan amanah sangat penting dalam pembantera­san rasuah. Usaha mencegah rasuah tidak terhenti setakat GTP 1.0 saja. Negara yang bebas rasuah memerlukan pelbagai cara dan kaedah untuk memastikan sesuatu kempen atau penguatkua­saan itu dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

Antara langkahnya, mengurangk­an kerenah birokrasi, pindaan terhadap undang-undang prosedur perkhidmat­an awam, latihan kepada pegawai perolehan dan kajian pasaran perolehan. Kesedaran dalam kalangan penjawat awam yang rasuah boleh menghancur­kan keluarga, masyarakat dan negara perlulah diingatkan selalu.

Jelas, amanah itu sangat penting terutama dalam menjalanka­n tugas seharian. Tanpa sifat amanah sesuatu pekerjaan itu tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Amanah mendatangk­an rezeki yang halal dan berpanjang­an serta diberkati Allah. Selain pendidikan, sokongan orang ramai juga sangat penting dalam usaha membantera­s rasuah.

Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia