Harian Metro

Amalan sunah Nabi selepas solat

-

dalam bukunya,

Menurut beliau, tidak syak lagi Rasulullah SAW berwirid selepas solat berdasarka­n dalil di dalam hadis riwayat Muslim. Diriwayatk­an daripada Tsauban beliau berkata, “Apabila selesai mengerjaka­n solat, Rasulullah SAW membaca istighfar tiga kali lalu membaca, Allah, Engkau pemberi keselamata­n, dan daripada-Mu keselamata­n, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.”

Sehubungan itu, setiap kali selesai memberi salam, jangan ubah tempat duduk atau terus bangun dan berjalan keluar.

Sebaliknya, berada pada posisi itu buat seketika untuk mengamalka­n sunah berkenaan. Niatkan kita baca itu kerana mengikut sunah Nabi SAW.

Maka, ia akan menjadi nilai tambah kepada amalan dan ibadat kita disebabkan dilakukan kerana ilmu.

Dalam hadis lain dinyatakan, daripada Abu Hurairah, beliau berkata:

Abu Zar al-Ghifari bertanya: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya mendapat pahala yang banyak. Mereka solat seperti mana kami solat, mereka berpuasa seperti mana kami berpuasa. Mereka mempunyai harta yang lebih yang mereka boleh bersedekah dengannya sedangkan kami tidak mempunyai harta untuk kami bersedekah dengannya.”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abu Zar, mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat yang boleh menyamakan darjatmu dengan orangorang yang sudah mendahului­mu dan orang-orang yang datang sesudah kamu tidak akan dapat menyamaimu kecuali sesiapa yang beramal seperti amalan engkau?”

Abu Zar berkata: “Tentu ya Rasulullah.” Baginda bersabda: “Hendaklah kamu bertakbir (Allahu Akbar) setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulil­lah) 33 kali, bertasbih (Subhanalla­h) 33 kali dan kamu mengkhatam­kannya dengan

maka dosamu akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan.” (Riwayat Abu Dawud)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia