Harian Metro

Angkara bekas kekasih

-

muka saya.

“Lelaki mengelar muka saya itu bukan berbangsa India seperti yang ditularkan, sebaliknya warga Bangladesh,” katanya.

Menurutnya, susulan kejadian dia dikejarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, untuk rawatan dan menerima beberapa jahitan di bahagian bibir dan pipi.

Bagaimanap­un, mangsa enggan memaklumka­n jumlah jahitan yang diterima akibat kecederaan dialaminya.

“Saya sudah dibenarkan keluar dari wad PPUM pada Jumaat lalu dan kes juga sudah dilaporkan kepada pihak polis.

“Bagaimanap­un, saya tidak dapat menceritak­an secara lanjut kerana kes masih dalam siasatan polis dan saya serahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan polis berhubung kejadian kelar yang berlaku di lokasi berkenaan.

Katanya, susulan kejadian pihaknya menahan suspek lelaki berusia 20-an terbabit untuk membantu siasatan pada Jumaat lalu.

“Siasatan awal mendapati suspek terbabit adalah bekas teman lelaki mangsa dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca lelaki berkenaan bertindak menoreh muka wanita itu.

“Suspek direman tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan parah menggunaka­n senjata,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR mangsa
m e n d a p a t ka n rawatan yang tular.
GAMBAR mangsa m e n d a p a t ka n rawatan yang tular.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia