Harian Metro

Mangsa cabul, rogol tunjuk muka pelaku

-

Kuala Lumpur: Salah seorang mangsa cabul serta rogol di Pusat Jagaan Anak Yatim dan Asnaf, Danau Kota membuat kawad cam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, semalam.

Ibu saudara mangsa yang mahu dikenali Noraishah, 33, berkata, pihak polis meminta kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu hadir bagi melakukan pengecaman terhadap suspek untuk membantu siasatan.

“Saya bersama adik (ibu kandung mangsa) menemani anak saudara hadir ke IPD Dang Wangi, kira-kira jam 12 tengah hari tadi (semalam). Malah, tiga mangsa cabul dan rogol yang lain juga akan dipanggil bagi pengecaman.

“Anak saudara saya mengesahka­n lelaki yang melakukan perbuatan cabul serta rogol itu ada sewaktu kawad cam itu dilakukan.

“Dia sudah dibenarkan keluar dari wad, semalam (kelmarin) dan berada di bawah jagaan saya bersama ibu kandungnya. Namun, keadaannya masih trauma,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Noraishah berkata, pihaknya dimaklumka­n polis berjaya menyelamat­kan rakan anak saudaranya berusia 14 tahun yang turut menjadi mangsa rogol penjaga pusat jagaan berkenaan, kelmarin.

“Mangsa terbabit dipercayai disembunyi­kan ahli keluarga suspek dan polis menemui mangsa di sebuah kediaman di Batu 12, Gombak, kira-kira jam 7.30 malam.

“Lokasi terbabit adalah tanah yang disewa pemilik pusat jagaan berkenaan untuk mengusahak­an penternaka­n lembu dan kuda.

“Saya difahamkan mangsa tinggal di pusat jagaan itu sejak kecil lagi dan ibu kandungnya tinggal di Pahang.

“Saya juga ada menghubung­i abang mangsa memaklumka­n mengenai kejadian tetapi saya tidak pasti sama ada keluargany­a turut membuat laporan polis atau sebaliknya,” katanya.

Metro Ahad melaporkan, seorang wanita terkejut sebaik mengetahui anak saudara perempuann­ya menjadi habuan nafsu serakah penjaga pusat jagaan berkenaan.

Lelaki berusia 20-an itu dipercayai mengambil kesempatan terhadap anak yatim dan asnaf di bawah ja- gaannya bagi memuaskan nafsu dengan merogol dan mencabul mangsa.

Bagaimanap­un, perbuatan terkutuk lelaki yang juga suami kepada pemilik pusat terbabit terbongkar apabila seorang daripada penghuni mendedahka­n perkara itu kepada ibu saudaranya.

Susulan itu, polis menahan suspek pada Jumaat lalu dan direman hingga Khamis depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Anak saudara saya mengesahka­n lelaki yang melakukan perbuatan cabul serta rogol itu ada sewaktu kawad cam itu dilakukan” Noraishah

 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad lalu.
LAPORAN Metro Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia