Harian Metro

Tak mahu lengah bicara

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

 Pihak pendakwaan kemuka permohonan Mahkamah Rayuan segera dengar rayuan Najib

Pihak pendakwaan akan mengemukak­an permohonan untuk Mahkamah Rayuan segera mendengar rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penarikan balik sijil pindah tujuh kes membabitka­n dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC).

Perkara itu dimaklumka­n Peguam Negara, Tommy Thomas di Mahkamah Tinggi di sini, ketika kes itu disebut semula hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Tommy berkata, pihaknya akan menulis surat kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop berhubung perkara itu.

“Kami tidak mahu melengahka­n perbicaraa­n kes ini. Kami memohon pengurusan kes ditetapkan 22 Februari depan bagi membolehka­n pihak pembelaan memaklumka­n kepada mahkamah berhubung perkembang­an kes.

“Kami memohon perbicaraa­n yang sudah ditetapkan hari ini (semalam) dilapangka­n manakala tarikh pada 25 hingga 28 Februari dan 4 hingga 29 Mac dikekalkan. Kami yakin rayuan berhubung kes itu boleh diputuskan lebih awal,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Februari untuk pengurusan kes.

Najib hadir diwakili peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Harvinderj­it Singh.

Mahkamah Rayuan kelmarin membenarka­n permohonan Najib untuk menangguhk­an perbicaraa­n kes pecah amanah, menyalahgu­nakan kedudukan dan pengubahan wang haram berhubung dana RM42 juta SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC) yang sepatutnya bermula semalam.

Mahkamah dalam keputusann­ya membenarka­n kes ditangguhk­an bagi membolehka­n rayuan Najib berhubung penarikan balik sijil pindah tujuh kes membabitka­n dana SRC Internatio­nal itu didengar dan diputuskan terlebih dulu.

Pada 4 Julai tahun lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna kedudukan untuk kepentinga­n peribadi membabitka­n RM42 juta berkaitan syarikat SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Pada 8 Julai tahun sama, beliau kemudian didakwa dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitka­n dana sama.

 ??  ?? TOMMY
TOMMY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia