Memang suara dia!
Setiausaha Agung PAS sahkan Nik Mohamad Abduh yang bercakap dalam audio disebarkan sebelum ini
Rakaman audio yang tersebar berhubung pengakuan mengenai penerimaan wang jutaan Sepang: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan tuduhan bahawa penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi dilakukan berikutan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan barisan Kabinet tidak memadai untuk menangani isu ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat.
Mohamad Azmin berkata, beliau menafikan kenyataan berkenaan kerana menyifatkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi itu adalah untuk kepentingan rakyat. “Ini tidak benar sama sekali. Ia bukan hanya kerana seorang menteri. Kita dalam Pakatan Harapan bertindak secara kolektif.
“Keputusan jemaah menteri juga dibuat secara kolektif,” katanya.
Menurutnya, Majlis Tindakan Ekonomi disertai pelbagai pihak yang memiliki kepakaran masing-masing.
“Kerana itu majlis ini ditubuhkan. Ia terdiri daripada ringgit daripada UMNO diakui milik suara Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan konteks ayat yang disampaikan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu bukan seperti yang dicanangkan oleh pihak tertentu. Menurutnya, seseorang perlu meneliti keseluruhan ucapan Nik Abduh untuk memahami maksud sebenar memandangkan banyak huraian, bukannya mendengar separuh daripada rakaman itu.
“Nik Abduh akui suara dan audio (milik) dia tetapi tidak membawa maksud yang sebenar.
“Disebut PAS terima duit UMNO dan bukan itu maksudnya kerana banyak lagi huraian.
“Bila kita mendengar audio itu, kita kena dengar keseluruhan apa maksud kenyataannya, bukan ambil separuh kerana kalau separuh memang ada benda tidak kena.
“Contohnya, apabila Nik Abduh kata (Allahyarham Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) pun terima duit UMNO, (yang dimaksudkan) bukan duit UMNO, tapi duit orang UMNO yang beri sumbangan terutama di sekolah Maahad Darul Anuar,” katanya ketika ditemui selepas majlis Perasmian Al Khatiri Kofee di Kubang Kerian di sini, semalam.
Mohd Amar berkata, ada orang yang ideologi UMNO tetapi apabila Tok Guru nak buat sekolah, dia nak beri sumbangan.
Media sebelum ini melaporkan, nama Nik Abduh dikaitkan dengan rakaman audio yang didakwa suara Ahli Parlimen Bachok itu yang tersebar membuat pengakuan mengenai penerimaan wang jutaan ringgit daripada UMNO.
Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan berkenaan dan menganggapnya sebagai fitnah.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, PAS sudah melakukan siasatan terperinci bagi meneliti apa yang berlaku termasuk ucapan yang disampaikan Nik Abduh secara keseluruhan.