Harian Metro

‘Keputusan jemaah menteri secara kolektif’

-

pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing.

“Mereka juga mempunyai reputasi yang baik dalam masyarakat. Input yang mereka berikan amat penting untuk diperhalus­i dan keputusan akan dibuat secara bersama di mana tindakan diambil akan beri kesan positif kepada rakyat,” katanya ditemui selepas melancarka­n perkhidmat­an Amal oleh Malaysia Airlines, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyatan Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin yang menyifatka­n penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai maksud tersirat bahawa Perdana Menteri merasakan Kabinet tidak memadai untuk menangani isu ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat.

A Kadir dalam tulisan dalam blognya juga mengatakan bahawa selepas lebih lapan bulan mentadbir negara, kerajaan Pakatan Harapan belum berjaya menampakka­n hasil yang boleh dirasakan oleh rakyat jelata.

Kelmarin, Pejabat Perdana Menteri mengumumka­n penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.

Majlis dianggotai 16 individu yang dilantik sebagai ahli majlis berkuat kuasa serta-merta yang dipengerus­ikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Majlis itu ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat terhadap masalah yang dihadapi mereka khususnya dalam bidang ekonomi.

Selain Mahathir dan Azmin, majlis berkenaan turut disertai Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking dan Menteri Kerja Raya, Baru Bian. “Alhamdulil­lah, baguslah kalau ada orang yang ingin bantu. Saya sedia jumpa mereka (JKM),” kata bekas pemain bola sepak Johor FA, Anuar Arifin, 50.

Menurutnya, dia sedia bertemu dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan berharap dia serta dua anaknya dapat dibantu.

Pemain yang pernah menjulang Piala Malaysia bersama Johor FA itu berkata demikian ketika dihubungi selepas memaklumka­n pihak JKM mahu bertemunya untuk meneliti kehidupann­ya yang menjadi gelandanga­n ketika ini.

Ia susulan maklum balas JKM Pahang yang akan bertemunya dalam masa terdekat bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang boleh dihulurkan.

Sebelum itu, Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kehidupan sukar dilalui Anuar dan sudah mengarahka­n pegawainya untuk menjalanka­n siasatan mengenainy­a.

“Pegawai kita perlu bertemu dengannya dan siasat jenis bantuan apa yang boleh diberikan. Bergantung kepada keadaan dia.

“Saya difahamkan dua anaknya tidak bersekolah, kita ambil maklum perkara itu,” katanya.

Sabtu lalu, Harian Metro mendedahka­n Anuar yang pernah menjulang Piala Malaysia dan Liga Division 1 bersama Johor FA pada 1991 kini menjalani kehidupan sebagai gelandanga­n dan terpaksa menjadikan keretanya sebagai ‘kediaman’.

 ??  ?? AZMIN
AZMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia