Harian Metro

Batu terbang terjah rumah

- Raja Noraina Raja Rahim am@hmetro.com.my

 Penduduk risau operasi kuari ancam keselamata­n

Penduduk Taman Panchor Jaya Fasa 7 dan 8 di sini, meluahkan kekecewaan dan kegusaran berhubung aktiviti kuari berhampira­n kawasan perumahan itu sejak sekian lama.

Operasi kuari berkenaan didakwa mengganggu dan menjejaska­n kehidupan seharian penduduk kerana kesan gegaran akibat aktiviti meletupkan batu di situ menyebabka­n kediaman mereka retak.

Pengerusi Persatuan Penduduk taman itu, Mohamad Muazam Shah Mohd Idris berkata, baru-baru ini serpihan batu dipercayai dari kuari berkenaan terbang memasuki dua rumah penduduk.

“Kejadian jam 1 tengah hari pada 15 Januari lalu menyebabka­n bumbung dan tangki air pecah.

“Kami buat laporan polis dan aduan kepada Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) pada hari kejadian. Pihak berkenaan mengambil tindakan dan pengusaha kuari itu segera membaik pulih rumah penduduk yang terjejas,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, penduduk tetap mahu operasi kuari berusia lebih 20 tahun itu dihentikan kerana khuatir boleh menjejaska­n keselamata­n penduduk.

Muazam berkata, hampir semua 140 unit rumah di kawasan itu retak dan penghuni perlu mengeluark­an kos membaik pulih.

Beliau mendakwa masalah itu beberapa kali diketengah­kan kepada agensi kerajaan berkaitan namun aktiviti kuari diteruskan sehingga kini.

Penduduk, Mazli Abu Bakar, 40, berkata, keadaan rumahnya semakin teruk apabila pintu dan bumbung beralih dipercayai akibat gegaran.

“Bumbung rumah saya beralih menyebabka­n bocor dan air masuk setiap kali hujan. Saya juga bimbang rumah runtuh jika aktiviti kuari berterusan,” katanya.

Sehubungan itu, dia berharap ada pihak membantu menyelesai­kan masalah perumahan terbabit.

 ??  ?? BUMBUNG dan tangki air rosak ditimpa batu daripada kuari di belakang kawasan perumahan.
BUMBUNG dan tangki air rosak ditimpa batu daripada kuari di belakang kawasan perumahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia