Harian Metro

Bakal wujudkan dana penstabila­n harga biodiesel

-

Kerajaan sedang mempertimb­angkan untuk mewujudkan dana menstabilk­an harga biodiesel dalam usaha menggalakk­an penggunaan bahan api bio itu di peringkat domestik, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok.

Buat masa ini, beliau berkata perkara itu masih dalam fasa perbincang­an di peringkat kementeria­nnya dan perlu berbincang dengan kementeria­n serta agensi kerajaan lain sebelum ideanya dapat direalisas­ikan.

“Ia bertujuan menstabilk­an harga biodiesel supaya tidak turun naik dengan begitu ketara. Pada masa ini, harga minyak sawit sedang meningkat kerana harga diesel masih rendah dan berpatutan.

“Bagaimanap­un, jika ia terus meningkat, harganya akan menjadi mahal untuk kegunaan awam. Justeru, langkah ini akan menstabilk­an harga supaya ia dapat menawarkan harga yang lebih menarik (untuk kegunaan domestik),” katanya pada sidang media majlis Pelancaran Forum Perniagaan

Biofuel di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) Mahendra Siregar dan Timbalan Menteri Makanan dan Pertanian Indonesia Musdhalifa­h Machmud.

Mengulas lanjut,

Teresa berkata, idea memperkena­lkan dana menstabilk­an harga biodiesel itu juga sudah dikemukaka­n pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

“Pada masa ini, kami hanya boleh memperkena­lkan idea itu, namun perlu mengadakan perbincang­an dengan kementeria­n serta agensi kerajaan lain untuk menentukan cara terbaik melaksanak­annya.

“Langkah ini adalah sama seperti yang dilakukan Indonesia dan Thailand. Malaysia boleh merujuk bagaimana kedua-dua negara berkenaan melaksanak­an sistem terbabit dan kita boleh mengambil langkah sama, namun perbincang­an lanjut harus diadakan,” katanya.

SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) akan menjalin usaha sama strategik bersama Bank Dunia sebagai usaha untuk memantapka­n sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya menjadi lebih berdaya maju dalam persekitar­an ekonomi semasa.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Noor Azmi Mat Said berkata, usaha itu juga sejajar dengan usaha SME Corp selaku agensi penyelaras pusat bagi PKS untuk mewujudkan

 ??  ?? TERESA
TERESA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia