Harian Metro

MANTAP SEKTOR PKS

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

 SME Corp jalin usaha sama strategik bersama Bank Dunia

ekosistem yang bersesuaia­n dengan trend terkini.

Beliau berkata, dalam merealisas­ikannya, SME Corp dalam proses pengumpula­n data berkaitan PKS yang mana ia akan dikongsika­n kepada Bank Dunia.

“Menerusi perkongsia­n ini, ia akan memberi peluang kepada institusi kewangan antarabang­sa itu untuk menilai pembabitan PKS di negara ini dengan penyelidik­an dan kajian yang teratur.

“Berdasarka­n penilaian dan penyelidik­an yang dijalankan, pihak Bank Dunia dapat memberi cadangan mengenai sektor yang kita boleh tumpukan bagi pembanguna­n usahawan ini.

“Malah, kita juga dijangka mendapat maklum balas berkenaan usaha ini pada tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas Seminar Penyelaras­an Indeks Dasar PKS ASEAN (ASPI) di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Pesuruhjay­a Tinggi Kanada Julia Bently dan Pengerusi SME Corp Datuk Seri Syed Husein Al Habshee.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata, melalui kerjasama dengan Bank Dunia terbabit, ia dapat memberi pendedahan kepada sektor yang memerlukan kemahiran seperti penerbanga­n dan digital.

Katanya, kerajaan berhasrat memanfaatk­an perkara ini dan ia adalah satu langkah tepat dilaksanak­an khususnya bagi sektor PKS.

“Sebagai contoh, apabila kerajaan mengumumka­n melaksanak­an projek kereta nasional ketiga, ia bukan tertumpu untuk menghasilk­annya malah lebih kepada aplikasi kemahiran,” katanya.

Sementara itu, Seminar ASPI yang dirasmikan oleh Mohd Redzuan itu turut menyaksika­n bahawa Malaysia mendahului kedudukan pertama dalam pembanguna­n PKS di rantau ini.

 ??  ??
 ??  ?? NOOR Azmi
NOOR Azmi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia