Harian Metro

Tak campur tangan keputusan FELDA

-

Petaling Jaya: Kerajaan tidak akan campur tangan dalam rancangan FELDA untuk menjual semula 37 peratus peganganny­a dalam PT Eagle High Plantation­s Tbk (Eagle High) kepada syarikat pelaburan Indonesia, Rajawali Group.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ahli Lembaga Pengarah FELDA membuat keputusan dan meneliti mengenai perkara itu secara mendalam, justeru kerajaan tidak akan mencampuri keputusan yang dibuat.

“Saya fikir biarkan proses ini diteruskan dan mereka seharusnya menyelesai­kan perkara ini secara baik,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis ramah mesra sambutan Tahun Baru Cina oleh Persekutua­n Persatuan Hokkien Malaysia di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Persekutua­n Persatuan Hokkien Malaysia Tan Sri Lim Hock San.

Baru-baru ini, The Straits Times Singapura melaporkan bahawa FELDA bercadang melupuskan peganganny­a dalam Eagle High dan menuntut kembali lebih RM2.03 bilion yang dilaburkan ke atas ladang kelapa sawit dan aset pengeluara­n berkaitan gula di Indonesia pada Mei 2017.

Menurut laporan itu, pengambila­lihan 37 peratus kepentinga­n dalam Eagle High oleh FELDA itu dianggap kontrovers­i serta menimbulka­n kebimbanga­n mengenai urus niaga itu, lantas FELDA ingin menjual semula kepentinga­n ekuitinya pada harga pembelian RM2.06 bilion bersama dengan faedah tahunan enam peratus yang harus ditanggung syarikat Indonesia berkenaan.

Lembaga Pengarah FELDA dikatakan memutuskan untuk melaksanak­an tindakan itu dalam satu surat bertarikh 3 Januari lalu kepada Rajawali Group.

 ?? Mohamed Azmin Ali ?? Ahli Lembaga Pengarah FELDA membuat keputusan dan meneliti mengenai perkara itu secara mendalam, justeru kerajaan tidak akan mencampuri keputusan yang dibuat”
Mohamed Azmin Ali Ahli Lembaga Pengarah FELDA membuat keputusan dan meneliti mengenai perkara itu secara mendalam, justeru kerajaan tidak akan mencampuri keputusan yang dibuat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia