Harian Metro

Jennifer waspada kongsi gambar

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Baik artis tempatan mahupun antarabang­sa, masing-masing menggunaka­n medium media sosial sebagai perantara untuk berkongsi aktiviti harian termasuk mempromosi­kan produk baru mereka.

Bagaimanap­un, selebriti terkenal Jennifer Lawrence sangat berhatihat­i dengan setiap gambar yang dimuat naik menerusi Instagram mahupun Twitter. Andai tidak ada projek baru untuk dikongsi, wanita itu lebih selesa mendiamkan diri.

Namun begitu, pelakon yang namanya popular menerusi filem trilogi The Hunger Games itu tidak ada sebarang masalah dengan mereka yang gemar berkongsi gambar. Katanya, itu hak setiap individu.

“Terpulang kepada setiap individu bagaimana mereka mahu menggunaka­n media sosial. Namun, bayangkan kalau seseorang itu mempunyai berat 45 kilogram dan makan pizza serta ayam goreng setiap masa tanpa risau berat badan naik, situasi itu akan menyebabka­n orang lain akan kecewa dengan diri sendiri.

“Saya sebenarnya peka dengan situasi di media sosial tetapi selesa mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang maklum balas. Saya tidak sanggup membuka ruang kepada orang ramai untuk mengutuk dan mengkritik.

“Ramai sedang menunggu kita muat naik gambar. Masing-masing bebas memberikan pendapat. Saya tidak mahu meletakkan diri dalam situasi sedemikian. Kecuali kalau saya sedang mempromosi­kan sesuatu maka saya tidak akan muat naik gambar sesuka hati,” katanya.

Terkenal dengan sikap lantang bersuara, pelakon berusia 28 tahun itu

Andai tiada projek baru untuk dikongsi lebih selesa diamkan diri daripada media sosial

mengakui kurang senang dengan sikap segelintir artis yang gemar menipu masyarakat kononnya mereka bertubuh langsing walaupun tidak menjaga makan.

Jennifer yang turut dikenali dengan watak Mystique menerusi filem francais X-Men mengakui dia bersenam di gimnasium bagi mengekalka­n berat badan dan menjaga stamina.

“Ketika kecil dulu, abang selalu ejek punggung saya hodoh. Saya kemudian bertanya kepada ibu adakah katakata abang itu benar.

Ibu kata semua itu tidak penting. Saya bertuah kerana dibesarkan dalam persekitar­an yang tidak mementingk­an rupa paras.

“Bagaimanap­un, saya harap individu berpengaru­h tidak menipu mengenai diet mereka. Kalau benar mereka diet, katakan perkara sebenar agar dapat memberikan inspirasi kepada orang lain,” katanya.

Awal bulan ini, syarikat pengurusan Jennifer mengesahka­n wanita itu sudah bertunang dengan Cooke Maroney dan bakal melangsung­kan perkahwina­n tidak lama lagi.

Pasangan itu dilaporkan menjalin hubungan cinta sejak musim bunga tahun lalu selepas diperkenal­kan seorang sahabat.

Jennifer dan Maroney bagaimanap­un bijak menyembuny­ikan hubungan mereka.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pasangan itu. Namun, ramai peminat mendoakan majlis Jennifer dan Maroney nanti berjalan lancar.

 ??  ?? Saya sebenarnya peka dengan situasi di media sosial tetapi selesa mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang maklum balas
Saya sebenarnya peka dengan situasi di media sosial tetapi selesa mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang maklum balas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia