Harian Metro

Ganjaran RM1j hargai pelanggan

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Mempunyai sejarah panjang dalam industri pembuatan dan rekaan barangan kemas serta perhiasan, pastinya menjadi sesuatu yang sangat membanggak­an. Apatah lagi sejak mula beroperasi pada

1968 sehingga kini, ia mencermink­an jenamanya yang kukuh.

Sejak 50 tahun lalu, kumpulan syarikat itu mampu menghasilk­an barangan kemas dan perhiasan menepati cita rasa pengguna selain terus melebarkan sayap perniagaan dengan mempunyai 50 cawangan di seluruh negara.

Sudah tentu kejayaan dalam tempoh lima dekad itu yang disambut pada tahun lalu perlu diraikan dengan penuh bermakna bersama pelanggan yang sentiasa menjadi tulang belakang dan nadi kepada Kumpulan Tomei untuk terus mengukuhka­n kedudukann­ya di dalam industri ini.

Justeru, pada Ogos tahun lalu sempena sambutan ulang tahunnya, kumpulan itu mengadakan Kempen Gold to Drive yang memberi peluang kepada pelanggan merebut hadiah keseluruha­n bernilai lebih RM1 juta.

Hanya berbelanja minimum RM1,000, pelanggan dapat menyertai pertanding­an itu dan lebih banyak mereka berbelanja lebih tinggi peluang untuk bergelar pemenang. Borang penyertaan mereka akan dipilih secara cabutan undi sebanyak tiga kali setiap empat bulan.

Dalam tiga cabutan undi itu, pemenang berpeluang membawa pulang hadiah antaranya sebuah kereta BMW X5 bernilai RM388,888, set barang kemas Tomei berharga RM168,000 dan RM38,000.

Bagi pelanggan yang tidak berjaya mendapat cabutan undian itu, mereka berpeluang untuk menyertai cabutan utama bagi memilih pemenang utama dengan hadiah bernilai RM1 juta yang diadakan pada 16 Januari lalu bertempat di pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.

Dalam kempen itu, sebanyak 215,333 penyertaan diterima yang akhirnya menobatkan Datin Mazlinda Abdul Aziz sebagai juara utama diikuti Ummu Aina Nabilah Shaiful Azmi dan di tempat ketiga, Ang Heng Chew.

Pada 30 Januari lalu, Pengarah Kumpulan Syarikatny­a, Datuk Ng Yih Pyang menyerahka­n hadiah kepada pemenang berkenaan dalam satu majlis penyerahan hadiah di Wheelcorp Premium Setia Alam.

 ??  ?? MAZLINDA (dua dari kiri)
menerima hadiah BMW X5.
MAZLINDA (dua dari kiri) menerima hadiah BMW X5.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia