Harian Metro

Banks sudah tiada

-

Banyak yang diperkatak­an mengenai kehebatan Gordon Banks, tetapi penjaga gol yang membawa England menjulang Piala Dunia itu tidak pernah menganggap tindakan menyelamat­kan cubaan Pele sebagai kemuncak kariernya.

Banks yang meninggal dunia pada usia 81 tahun semalam, akan sentiasa diingati penyokong The Three Lions apabila mendiang melayangka­n badannya bagi menepis tandukan Pele ketika saingan peringkat kumpulan Piala

Dunia 1970.

Pele dan semua penyokong Brazil tidak pernah menyangka tandukan itu bakal diselamatk­an Banks dan ada di antara peminat setia skuad Samba berkenaan sudah mula berdiri untuk meraikan ‘jaringan’, tetapi hampa.

“Saya dengar Pele menjerit ‘Gol!’ selepas beliau membuat tandukan,” kata Banks. “Memang wajar kerana beliau merasakan bahawa sudah berjaya melepasi saya.”

Rakan sepasukan Banks di England, Bobby Charlton berkongsi perasaan sama dengan penyokong yang menyaksika­n perlawanan di Stadium Jalisco Guadalajar­a selain jutaan lagi yang melihatnya menerusi televisyen.

“Ia adalah kaedah menyelamat­kan pintu gol paling hebat pernah saya saksikan,” kata Charlton.

Ia juga satu penghargaa­n serta usaha serta tumpuan Banks terhadap perlawanan.

Sedar bola akan melantun lebih tinggi berbanding biasa ketika berlatih di padang Mexico yang panas, Banks mengubah teknik dan ternyata ia berbaloi.

“Ketika berlatih, saya sedar bahawa bola akan

 Penjaga gol legenda England hembus nafas terakhir semalam

melantun lebih tinggi kerana permukaan padang yang lebih keras,” katanya kepada Daily Mail.

“Saya boleh menjangkak­an bola itu akan melantun jika tandukan atau sepakan dihalakan ke arah permukaan padang.”

Mula mewakili

England pada 1963,

Banks tampil sebanyak 73 kali dan pernah memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik FIFA sebanyak enam kali sebelum menamatkan karier antarabang­sa gara-gara kemalangan yang mengakibat­kan mata kanannya rosak.

 ??  ?? RAMSEY tabur bakti bersama Arsenal sejak 2008. BANKS ungguli anugerah penjaga gol terbaik FIFA sebanyak enam kali.
RAMSEY tabur bakti bersama Arsenal sejak 2008. BANKS ungguli anugerah penjaga gol terbaik FIFA sebanyak enam kali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia