Harian Metro

MOM bersikap terbuka

-

Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bersikap terbuka terhadap atlet yang yang tidak mempunyai persatuan sukan kebangsaan, tidak bernaung di bawahnya atau menyertai sukan unik untuk menyertai Sukan SEA di Filipina nanti.

Jelas Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, terdapat atlet dan persatuan sukan menyuaraka­n minat untuk menyertai temasya dwitahunan.

Bagaimanap­un, pada masa sama beliau menegaskan tiada istilah tangkap muat namun berdasarka­n kriteria yang ditetapkan.

“Ada antara mereka bukan di bawah naungan kita atau Majlis Sukan Negara (MSN), namun sudah menyuaraka­n minat. Kita sedang mengumpul maklumat dan akan bincang apabila tiba masanya,” katanya selepas mesyuarat Jawatankua­sa Eksekutif MOM, semalam.

Antara sukan berkenaan seperti hoki dalam air, sambo dan larian berhalanga­n.

Jelas Norza, tempoh pendaftara­n senarai awal atlet masih panjang iaitu pada Julai nanti.

Sementara itu, beliau yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhasrat bertemu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi menyelesai­kan isu Akademi Badminton Negara (ABN).

“Kita mohon KBS bantu bagi membolehka­n operasi berjalan seperti dirancang. Jadi perbincang­an perlu secepat mungkin bagi menentukan hala tuju serta tentang dana RM16 juta seperti dijanjikan kerajaan terdahulu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia