Harian Metro

TLHT raih bekalan selesa

-

Kuala Lumpur: Tiga gol dalam tempoh lapan minit terakhir perlawanan menyaksika­n juara baharu Liga Hoki Wanita, Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) berjaya melakar kemenangan 4-2 ke atas PKS Uniten pada aksi separuh akhir pertama Piala Vivian May Soars di Stadium Tun Razak, semalam.

Kemenangan itu nyata sangat melegakan pengendali TLHT, Iman Gobinathan selepas menyaksika­n barisan pemainnya gagal beraksi dengan baik di separuh masa pertama selain mensia-siakan banyak peluang untuk menjaringk­an gol.

“Terlalu banyak peluang gagal dimanfaatk­an dengan baik. Mujur pada hujung perlawanan mereka kembali memperoleh rentak permainan yang dimahukan.

“Tapi, kemenangan ini belum memberi sebarang jaminan kepada kami untuk mara ke final. Apa saja boleh berlaku pada separuh akhir kedua nanti walaupun kami mempunyai kelebihan dua gol,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Penyerang PKS, Hanis Nadiah Onn meletakkan pasukannya di depan seawal minit ke-8 menerusi jaringan padang sebelum TLHT mengambil masa sehingga minit ke-44 untuk menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurna­kan bekas pemain kebangsaan, Siti Rahmah Othman.

Nur Zafirah Aziz kembali meletakkan PKS di depan minit ke-50, jaringan yang dilihat cukup untuk mereka melakar kemenangan.

Bagaimanap­un, TLHT umpama memperoleh tonik pada lapan minit terakhir apabila menjaringk­an tiga gol menerusi Man Meet Kaur (m-52), Siti Rahmah (m-54) dan Siti Noor Amarina Ruhani pada minit terakhir perlawanan untuk membolehka­n mereka melakar kemenangan.

Sementara itu, satu lagi perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Tengku Abdullah menyaksika­n juara bertahan, PDRM Blue Warriors tewas mengejut 1-2 kepada kelab China, Liaoning Infinite Space HC.

 ?? FOTO: HALIMATON SAADIAH SULAIMAN ?? PEMAIN TLHT (kanan) diasak pemain PKS-UNITEN, semalam.
FOTO: HALIMATON SAADIAH SULAIMAN PEMAIN TLHT (kanan) diasak pemain PKS-UNITEN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia