Harian Metro

Pelan B bantu pemain berdepan masalah

-

Kuala Lumpur: “Bagus jika ada usaha pelan B (mewujudkan tabung khas bagi membantu pemain bola sepak dibelenggu tunggakan gaji).”

Itu jawapan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai cadangan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) untuk mewujudkan tabung khas bagi mengumpul dana membantu pemain yang berdepan masalah tunggakan gaji.

Bagaimanap­un, Syed Saddiq berkata, beliau lebih menekankan agar setiap kelab atau persatuan bola sepak negeri menguruska­n kewangan mereka dengan baik pada awal musim.

Menurutnya, ia bagi mengelak masalah termasuk isu penawaran gaji kepada pemain melebihi kemampuan kewangan kelab atau pasukan negeri.

“Yang sakit nanti adalah pemain juga kerana tandatanga­ni kontrak peringkat awal (ditawarkan gaji tinggi).

“Apabila masuk, mereka ingat akan dapat gaji yang dinyatakan, tetapi akhirnya tertunggak dan setiap kali alasan sama, iaitu pelan perniagaan tidak berjaya, tapi kebajikan atlet (pemain) dinafikan,” katanya.

Akhbar ini semalam melaporkan jika sejuta warga bola sepak membabitka­n pemimpin, jurulatih, pemain dan peminat menyumbang RM1 seorang, tabung berkenaan, kelak boleh mencecah minimum RM1 juta, sekali gus boleh meringanka­n beban pemain yang menjadi mangsa keadaan.

Terdahulu, Syed Saddiq merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Tahun 2018 KBS dan menyampaik­an anugerah kepada 402 orang warga kerja ‘Team KBS’ daripada pelbagai gred dan skim perkhidmat­an termasuk dari agensi seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Daripada jumlah itu, 229 orang terdiri daripada pegawai lelaki dan 173 pegawai wanita.

Majlis turut meraikan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali yang akan bertukar ke Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri mulai 18 Februari ini.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) turut menyambut baik dan sedia bekerjasam­a dengan PFAM bagi mewujudkan tabung khas mengumpul dana untuk membantu pemain yang berdepan masalah tunggakan gaji.

 ??  ?? SYED Saddiq menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) kepada Hayati Abu Bakar pada Majlis APC KBS, semalam.
SYED Saddiq menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) kepada Hayati Abu Bakar pada Majlis APC KBS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia