Harian Metro

Geran RM3.8 juta bantu rakyat susah Sabah

-

Kota Kinabalu: Seramai 38 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti pemerintah di Sabah menerima agihan geran berjumlah RM3.8 juta daripada kerajaan negeri untuk membantu golongan susah di kawasan masing-masing.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong berkata, setiap ADUN terbabit menerima RM100,000 selepas menandatan­gani Surat Akur Janji sebelum diagihkan kepada penerima yang layak.

Beliau berkata, setiap agihan melalui beberapa prosedur termasuk audit bagi mengelakka­n wang berkenaan disalahgun­a.

“Wang itu disalurkan kepada semua ahli berhormat, tetapi ada garis panduan yang perlu diikuti.

“Jadi RM100,000 yang diluluskan ini, Yang Berhormat (ADUN) boleh memberi bantuan kepada rakyat dalam kawasan masing-masing,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Khas Bagi Orang Susah 2019 di sini, semalam.

Wong berkata, pendekatan sama sebenarnya dilaksanak­an sejak 2006 oleh kerajaan terdahulu, namun ia tidak diumum secara terbuka seperti kerajaan hari ini.

Katanya, bagi kawasan ADUN Pembangkan­g, rakyat kawasan berkenaan masih boleh mendapatka­n bantuan di pejabat ADUN kerajaan memandangk­an peruntukan tersebut bagi membantu semua rakyat Sabah.

Terdahulu, katanya, Bantuan Khas Bagi Orang Susah yang ditetapkan adalah RM200 untuk mangsa bencana, kemalangan, kematian dan terdampar, manakala RM500 bagi kes seperti pesakit kronik dan membaiki rumah akibat bencana alam.

 ??  ?? WONG (duduk empat dari kiri) pada Majlis Penyerahan Bantuan Khas Bagi Orang Susah 2019 di Kota Kinabalu, semalam.
WONG (duduk empat dari kiri) pada Majlis Penyerahan Bantuan Khas Bagi Orang Susah 2019 di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia