Harian Metro

Kraf hasil buruan

- Norsyazwan­i Nasri am@hmetro.com.my

 Pembuatan parang, keris, pisau daripada elemen haiwan dapat sambutan

Cukup unik apabila parang panjang, pisau dan keris dihasilkan daripada tanduk serta tulang rusa, selain rahang buaya. Itulah keistimewa­an hasil kerja tangan Awang Abu Bakar Awang Talip, 60, yang berasal dari Kampung Semarang, di sini.

Katanya, sudah hampir tiga tahun beliau menceburi pembuatan parang, pisau dan keris yang menjadi sumber pendapatan sampingann­ya.

“Ini hanya untuk mengisi masa terluang dan didorong rasa minat terhadap seni pertukanga­n. Tidak sangka pula ia mendapat sambutan luar dugaan.

“Elemen haiwan ini memberi nilai tambah produk kraftangan yang dihasilkan, malah ia mendapat tumpuan kerana keunikanny­a,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Beliau yang juga pemburu rusa dan pengembala kambing memikirkan cara alternatif menghasilk­an sarung serta hulu parang, pisau dan

keris meng- gunakan tulang binatang buruannya daripada dibuang begitu saja.

“Tulang binatang ini perlu dijemur sehingga kering dan diawetkan untuk menghilang­kan

Kuching: Majoriti penempatan masyarakat Bidayuh belum mendapat surat hak milik di bawah inisiatif perimeter survei Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Temenggong Bidayuh Bahagian Kuching, Austin Dimin berkata, sejak tujuh tahun lalu, kawasan kampung Bidayuh melakukan penyukatan perimeter ke atas tanah NCR masing-masing dan menghantar bau sebelum disambung menggunaka­n gam.

“Ini perlu dilakukan secara teliti untuk memastikan hasil kerja yang cukup kemas dan menarik, malah motif dihasilkan kebanyakan­nya untuk perhiasan,” katanya.

Katanya, kerja membuat parang, keris dan pisau itu dilakukan dengan bantuan anak yang turut menunjukka­n minat dalam pembuatan seni itu.

“Kita menjalanka­n perusahaan ini secara kecil-kecilan dan idea menghasilk­an motif yang menarik juga banyak dibantu anak.

“Setakat ini beribu-ribu jenis parang, pisau dan keris berjaya kami hasilkan yang memberi banyak pilihan kepada orang ramai,” katanya.

Menurutnya, penduduk setempat memang mengetahui kualiti penghasila­n parang, keris dan pisau hasil kerja tangannya.

“Malah, ada juga tempahan diterima dari Perak, Sabah dan Johor. Saya tidak menetapkan harga jualan dan bergantung kepada pembeli. “Setakat ini harga tertinggi yang pernah ditawarkan ialah RM700 bagi parang dan sekitar RM50 bagi pisau dan keris,” katanya.

 ??  ?? AWANG bersama isteri, Rokiah Selut menunjukka­n parang, keris dan pisau yang dihasilkan di kediaman mereka di Kampung Semarang.
AWANG bersama isteri, Rokiah Selut menunjukka­n parang, keris dan pisau yang dihasilkan di kediaman mereka di Kampung Semarang.
 ??  ?? AUSTIN
AUSTIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia