Harian Metro

Sekat geran untuk pasukan liat bayar gaji

-

Kuala Lumpur: Sekat geran tahun ini jika gagal menyelesai­kan tunggakan gaji musim lalu.

Itu amaran Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam kepada pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang menghadapi masalah berkenaan dan pada masa sama mengharapk­an geran 2019 untuk menyelesai­kannya.

Jelas Kevin, krisis kewangan pasukan tidak akan selesai jika mereka berbuat demikian, sebaliknya perlu mencari jalan penyelesai­an sendiri.

“Kepada pasukan yang menunggu geran tahunan daripada MFL untuk menyelesai­kan hutang pemain boleh tunggu sampai bila-bila. Untuk pengetahua­n, geran tahunan ini adalah bagi musim 2019.

“Jika kami memberikan geran tahunan ini kepada pasukan terbabit (dengan masalah tunggakan gaji) kemudian mereka menggunaka­n geran tahunan ini untuk menyelesai­kan masalah tunggakan gaji mereka pada tahun lalu, apa yang akan berlaku pula untuk musim 2019?

“Jadi masalah tidak akan selesai. Malah, kita hanya mengalami kitaran sama sahaja. Perkara ini harus dihentikan. Mereka wajib menyelesai­kan dahulu tunggakan gaji sebelum MFL memberikan geran tahunan bagi musim 2019,” katanya yang tidak teragak-agak untuk menyekat geran tahunan pasukan terbabit jika masih gagal menyelesai­kan masalah tunggakan gaji pada musim

“tindakan itu terpaksa dilakukan bagi menghentik­an ‘budaya’ pasukan Liga M yang mahu memanfaatk­an geran tahunan bagi menyelesai­kan masalah tunggakan gaji pemain” Kevin Ramalingam

lalu.

Katanya, tindakan itu terpaksa dilakukan bagi menghentik­an ‘budaya’ pasukan Liga M yang mahu memanfaatk­an geran tahunan bagi menyelesai­kan masalah tunggakan gaji pemain.

Antara tindakan susulan kepada pasukan yang gagal menyelesai­kan isu tunggakan gaji adalah pemotongan mata liga atau penyingkir­an divisyen liga lebih bawah.

“Harus diingat, apa saja keputusan yang diambil nanti adalah keputusan semua pasukan, Ahli Lembaga Pengarah MFL mewakili semua pasukan yang bertanding dalam Liga M. Ia bukan keputusan saya atau pihak sekretaria­t MFL,” katanya.

Isu tunggakan gaji kini dilihat semakin parah apabila terdapat hampir 10 pasukan terpalit dengan kemelut itu. Antara kelab terjejas teruk adalah FELDA United yang berhutang hampir RM2.34 juta kepada semua pemain dan pegawai skuad musim lalu.

FAM memberi tempoh 30 hari untuk menyelesai­kan tunggakan berkenaan atau berdepan hukuman berat jika gagal melangsaik­annya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia