Harian Metro

Hentam 8 kenderaan

-

 Lori tangki menggelong­sor turun bukit ketika isi minyak

Kegagalan seorang pemandu menarik brek tangan dan meninggalk­an lori tangki dipandunya dalam keadaan enjin hidup mengundang padah apabila kenderaan itu ‘bergerak’ lalu melanggar lapan kenderaan di Seksyen 15, kelmarin.

Menurut pemilik sebuah kenderaan yang menjadi mangsa, Muhamad Zulazhar Abdul Halim, 31, ketika kejadian, dia berada di dalam klinik jam 9 malam selepas meletakkan kereta Perodua Bezza miliknya di hadapan premis itu.

“Ketika menunggu giliran, saya terdengar dentuman kuat sebelum bergegas ke luar untuk meninjau apa yang berlaku.

“Saya terkejut apabila melihat deretan kenderaan yang diletakkan di laluan terbabit dilanggar lori tangki berkenaan yang bergerak tanpa pemandu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, dia turut melihat pemandu lori berusia 40-an berkenaan berlari mengejar kenderaan berkenaan.

“Lelaki itu yang berjaya mengejar kenderaan berkenaan 500 meter dari sebuah stesen minyak kemudian masuk ke dalam lori terbabit lalu menarik brek tangan bagi menghentik­annya.

“Pemandu lori itu mendakwa dia mengisi diesel di stesen minyak berkenaan dan membiarkan enjin kenderaan terbabit hidup sebelum ia tiba-tiba bergerak,” katanya.

Katanya, lori tangki berkenaan turut melanggar sebuah kereta Perodua Myvi ketika pemandu berusia 20-an berada di dalamnya menyebabka­n wanita itu trauma.

“Saya bersama pemilik kenderaan lain yang rosak akibat kemalangan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor, Superinten­dan Azman Shari’at berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori tangki muatan air berkenaan berhenti di sebuah stesen minyak di lokasi terbabit untuk mengisi diesel.

Menurutnya, lelaki berkenaan pergi ke dalam stesen minyak itu bagi mengeluark­an wang, namun dia terlupa menarik brek tangan sebaik menyedari kenderaan terbabit menggelong­sor menuruni bukit sebelum melanggar lapan kenderaan diparkir.

“Pemandu lori itu terus mengejar kenderaan berkenaan dan berjaya menarik brek tangan bagi memberhent­ikannya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia