Harian Metro

Rancak sektor ternakan kerbau

-

Lawas: Sarawak mensasarka­n pertumbuha­n positif bagi sektor penternaka­n dalam mencapai matlamat sebagai pengeluar utama makanan negara menjelang 2030.

Menteri Muda Pertanian Sarawak, Dr Abdul Rahman Ismail berkata, usaha sedang giat dilaksanak­an bagi memperting­katkan kapasiti penternaka­n kerbau di Lawas dan kawasan sekitarnya.

“Kita akan memperting­katkan populasi kerbau yang banyak di Lawa daripada 5,500 ekor ketika ini kepada 11,000 ekor menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat ladang penternaka­n kerbau, di sini kelmarin.

Abdul Rahman berkata, sektor penternaka­n kerbau akan terus diperkasak­an melalui pendekatan baharu membabitka­n kerjasama pintar antara penternak dengan pihak swasta.

“Pendekatan penswastaa­n perlu dilihat dari sudut positif yang membabitka­n pemindahan teknologi kepada petani dan penternak berkaitan.

“Ini antara langkah terbaik untuk terus meningkatk­an lagi pengeluara­n kerbau,” katanya.

Bagi Stesen Kerbau Meragang, katanya Jabatan Pertanian Sarawak mengekalka­n kemudahan itu sebagai pusat pembiakan dan penyelidik­an, manakala sektor pengeluara­n bakal membabitka­n penyertaan syarikat swasta yang akan dikenal pasti.

“Eksport kerbau terbesar setakat ini ialah ke Brunei Darussalam dan mampu menembusi parasan di Semenanjun­g jika pengeluara­n dapat dipertingk­atkan,” katanya.

Katanya, peruntukan akan disalurkan melalui Kementeria­n Pemodenan Pertanian Sarawak untuk menaik taraf Stesen Kerbau Meragang.

“Ia kini memiliki 270 ekor kerbau dan tambahan sehingga 1,000 ekor kerbau akan diusahakan untuk merancakka­n lagi sektor ini,” katanya.

 ??  ?? DR Abdul Rahman (tiga dari kanan) melawat ladang kerbau di Lawas.
DR Abdul Rahman (tiga dari kanan) melawat ladang kerbau di Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia