Harian Metro

“Jangan pukul, jangan pukul”

Saksi lihat seorang anggota bomba terduduk dalam keadaan tersandar.

-

Saksi kelapan inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim memberitah­u Mahkamah Koroner di sini, dia melihat anggota bomba terbabit terduduk dalam keadaan bersandar dan tidak bergerak pada insiden rusuhan berhampira­n Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, 27 November tahun lalu.

S Suresh, 33, yang juga kontraktor berkata, pada masa itu, dia melihat mangsa dalam keadaan kaki melunjur dekat sebuah kenderaan berhampira­n lokasi kejadian.

Katanya, orang awam sebelum itu banyak kali menjerit ‘jangan pukul’ dan berkumpul berdekatan sebuah kereta.

Lelaki itu berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah pada hari kelima prosiding inkues berkenaan.

ZHAFRAN: Apa yang kamu nampak?

SURESH: Ramai orang berlari ke arah kuil.

ZHAFRAN: Semasa sambung berjalan. Apa kamu nampak?

SURESH: Ada nampak orang berkumpul di tepi jalan sebelah kereta.

ZHAFRAN: Ramai orang berkumpul di sebelah kereta? SURESH: Tak.

ZHAFRAN: Berapa ramai? SURESH: Lebih kurang, 20 atau 30 orang.

ZHAFRAN: Kamu nampak orang berkumpul di tepi jalan?

SURESH: Mula-mula, saya dengar jangan pukul... jangan pukul dalam bahasa India.

ZHAFRAN: Satu kali atau banyak kali?

SURESH: Banyak kali. ZHAFRAN: (Suara) satu orang atau banyak orang?

SURESH: Banyak suara (orang).

ZHAFRAN: Cara cakap, macam mana?

SURESH: Jerit.

ZHAFRAN: Lepas itu, apa kamu buat?

SURESH: Saya pun pergi tengok apa yang berlaku. Pergi dekat kereta.

ZHAFRAN: Kamu nampak orang itu?

SURESH: Saya nampak, tapi masa itu gelap.

ZHAFRAN: Masa itu, macam mana keadaan dia? SURESH: Bersandar dekat

bumper kereta.

ZHAFRAN: Jarak dia dan kamu?

SURESH: Dekat. Sangat dekat. Dalam satu kaki (0.3 meter).

ZHAFRAN: Kaki dia macam mana?

SURESH: Straight (lurus). Saksi sama berkata, ketika itu, orang di sekeliling mangsa bertolakan, tetapi tidak melihat mana-mana orang memukul mangsa.

ZHAFRAN: Keadaan orang yang bersandar itu. Dia sedar atau tak?

SURESH: Tak.

ZHAFRAN: Macam mana kamu tahu dia tak sedar?

SURESH: Ada orang tolak, saya jatuh dekat (anggota bomba) yang bersandar. Ada orang sepak bahu kanan saya.

ZHAFRAN: Macam mana kamu tahu dia anggota bomba?

SURESH: Saya nampak seluar dan pakaian dia.

ZHAFRAN: Kamu jatuh atas bahagian mana?

SURESH: Atas kaki dia. ZHAFRAN: Adakah kamu nampak muka dia?

SURESH: Tak. Tapi macam anggota awam sebab beruniform.

ZHAFRAN: Kenapa kamu kata dia tak sedar?

SURESH: Dia duduk dan tak ada movement

(pergerakan).

Menjawab soalan Zhafran yang lain, Suresh berkata, pada masa kejadian, dia tidak mengetahui bahawa anggota bomba itu adalah Muhammad Adib dan mengetahui­nya selepas insiden berkenaan.

Terdahulu, saksi sama memberitah­u mahkamah dia dan enam rakan ke kuil selepas mengetahui isu berhubung kuil berkenaan di Facebook.

Katanya, dia juga melihat kira-kira 50 orang berlari ke arah jentera bomba sebelum seorang lelaki bersenjata­kan objek panjang memecahkan cermin depan kenderaan berkenaan.

Selain itu katanya, dia mendengar orang awam menjerit ‘jangan kasi masuk’ selepas melihat sebuah jentera bomba berhampira­n kuil.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia