Harian Metro

47 RAKYAT MALAYSIA DI KEMBOJA DIBEBASKAN

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

Selepas 65 hari dipenjarak­an tanpa perbicaraa­n, semua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja dibebaskan, semalam.

Ia diputuskan Kerajaan Kemboja susulan beberapa siri rundingan bersama wakil Kerajaan Malaysia di bawah koordinasi Wisma Putra.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, keputusan pembebasan semua tahanan itu dimaklumka­n Menteri Kanan (Misi Khas) Kemboja, Datuk Dr Othsman Hassan.

“Semua 47 tahanan berkenaan kini sedang bersiap sedia untuk proses dokumentas­i pembebasan mereka yang dikendalik­an petugas kedutaan kita di Phnom Penh dan Siam Reap.

“Mereka akan ditempatka­n di hotel penginapan sementara menunggu dokumen perjalanan diproses untuk kembali ke tanah air. Ada antara mereka kehilangan pasport dalam serbuan di tempat mereka dikurung sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di Phnom Penh, semalam.

Fatimah turut memaklumka­n, semua tahanan berusia 19 hingga 44 tahun dengan 40 daripadany­a berasal dari Sarawak cukup bersemanga­t tinggi sepanjang tempoh ditahan.

“Akhirnya, detik yang kita tunggu itu tiba. Syukur, mereka akhirnya dibebas .... terlerai kerinduan ibu bapa dan anggota keluarga pada anak-anak yang dinantikan kepulangan mereka ini.

“Di sebalik kejayaan ini, kita berterima kasih kepada Dr Othsman yang banyak membantu merintis usaha pembebasan rakyat kita, termasuk menjaga kebajikan mereka sepanjang dalam tempoh tahanan,” katanya.

Malaysia digemparka­n dengan penahanan 47 warganya berusia 19 hingga 44 tahun kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian atas talian.

Mereka bagaimanap­un menafikan tuduhan kerana datang ke negara berkenaan selepas menerima tawaran sebagai promoter daripada sebuah agensi pekerjaan di Malaysia yang menjanjika­n gaji lumayan dibayar menggunaka­n dolar Amerika.

Fatimah berkata, perkembang­an positif itu jelas memaparkan keakraban hubungan dua hala Malaysia-Kemboja yang sentiasa berpegang kepada Semangat ASEAN.

“Ini juga memperliha­tkan kesepakata­n antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak dalam mengendali­kan kes berkenaan, khususnya melalui Wisma Putra.

“Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah bersama Ketua Setiausaha Kementeria­n Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob memantau rapi perkembang­an kes ini sejak mereka ditahan, seterusnya merangka pelan tindakan bersesuaia­n,” katanya.

47 rakyat Malaysia ditahan di Penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja dibebaskan

 ??  ??
 ??  ?? SERAMAI 47 tahanan yang menjadi mangsa pemerdagan­gan manusia di Kemboja dibebaskan.
SERAMAI 47 tahanan yang menjadi mangsa pemerdagan­gan manusia di Kemboja dibebaskan.
 ??  ?? DELEGASI Malaysia pada sesi rundingan di Penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja.
DELEGASI Malaysia pada sesi rundingan di Penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia