Harian Metro

SPR KERAH 992 PETUGAS

Aktiviti anjuran kerajaan di kawasan pilihan raya dibolehkan

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Program dan aktiviti anjuran kerajaan di dalam kawasan yang akan menghadapi pilihan raya secara amnya tidak melanggar undang-undang kesalahan pilihan raya selagi ia tidak digunakan untuk mengumpan undi.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata, bagaimanap­un kenyataann­ya itu tidak boleh dianggap relevan kerana mahkamah yang akan menetapkan sama ada ia salah atau sebaliknya.

“Komen saya ini tidak relevan dalam mahkamah, kalau saya kata sesuatu benda itu bukan salah, tak semestinya ia bukan salah.

“Kalau saya kata salah tak semestinya salah, mahkamah yang tetapkan jadi, itu kita kena faham.

“Aktiviti kerajaan ini, pertama sekali sekali patut kita ingat adalah kerajaan wujud, Parlimen tidak dibubarkan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga tidak dibubarkan, jadi akan terdapat aktiviti kerajaan.

“Secara amnya aktiviti kerajaan tidak melanggar undang-undang kesalahan pilihan raya, tetapi jika sesuatu aktiviti kerajaan itu digunakan untuk mengumpan undi, itu akan menjadi isu,” katanya pada sidang media sempena mengadakan pertemuan dengan Ahli SPR baharu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung beberapa kementeria­n yang mengadakan program dan aktiviti di DUN Semenyih baru-baru ini.

Dalam pada itu, Azhar berkata, sekiranya isu itu dibawa ke muka pengadilan, kerajaan mesti berupaya memberikan bukti dan hujah berasas berhubung aktiviti yang dianjurkan bukan untuk mengumpan undi.

“Itu adalah sistem kita, tidak lebih tidak kurang. Sistem itu bukan saya yang wujudkan dan bukan kita wujudkan sistem itu.

“Sistem kita adalah sejak merdeka, jadi kita kena faham.

“Skop fungsi dan tugas sesuatu institusi itu kita mesti faham, kita tak boleh campur-aduk dan tidak boleh tuduh secara melulu,” katanya.

Berhubung persediaan PRK Semenyih, Azhar berkata, seramai 992 petugas akan melancarka­n proses pilihan raya itu dan SPR bersedia 100 peratus bagi menghadapi­nya.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematian penyandang­nya daripada Pakatan Harapan (PH), Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sudah dipalu. PRK ini adalah yang keenam pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) iaitu DUN Sungai Kandis, DUN Seri Setia dan DUN Balakong di Selangor serta Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan diikuti Parlimen Cameron Highlands, Pahang.

DUN Semenyih mempunyai 54,503 pemilih layak mengundi mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga

2018 yang dikemas kini sehingga 11 Januari lalu.

Berdasarka­n pecahan pengundi mengikut kaum, pemilih Melayu sebanyak 36,859 (67.63 peratus) diikuti Cina (9,034/16.58 peratus), India (7,577/13.9 peratus), Bumiputera Sabah (182/0.33 peratus), Bumiputera Sarawak (127/0.23 peratus), Orang Asli (289/0.53 peratus) dan lain-lain (435/0.80 peratus).

PRK kali ini dijangka

Komen saya ini tidak relevan dalam mahkamah Azhar Azizan Harun

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia