Harian Metro

ARAHAN AKEL ZAINAL

 Enam pengganas ditahan dalam operasi khas E8 PDRM

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayahtul­akmal@nstp.com.my

Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas (E8) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan enam individu termasuk empat warga asing dipercayai terbabit dalam aktiviti pengganas.

Mereka terdiri daripada dua warga Malaysia dan masing-masing warga

Singapura, Filipina, Bangladesh serta sebuah negara di Asia Selatan.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, tangkapan itu dibuat selepas polis melancarka­n operasi di Johor Bahru, Selangor dan Sabah bermula 19 Disember hingga 28 Januari lalu.

Menurutnya, ahli perniagaan warga Singapura berusia 48 tahun itu dikatakan aktif berhubung dengan Akel Zainal ditahan pada 19 Disember lalu.

“Suspek juga menerima arahan daripada Akel Zainal (rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan Daish di Syria) untuk merekrut beberapa individu bertujuan melancarka­n serangan ke atas bangunan Freemason di Johor Bahru.

“Tangkapan suspek adalah hasil kerjasama antara Cawangan Khas PDRM dan Internal Security Department (ISD) Singapura.

“Suspek diserahkan kepada pihak ISD Singapura pada 7

Januari lalu selepas selesai menjalani proses soal siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, tangkapan kedua di Klang,

Selangor membabitka­n seorang lelaki warga Bangladesh berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pekerja pembersiha­n. Katanya, suspek dipercayai menyokong perjuangaa­n kumpulan Daish dan aktif menjalanka­n kegiatan merekrut individu di negara ini untuk menyertai kumpulan pengganas itu.

“Tangkapan ketiga di Sepang, membabitka­n dua individu lelaki warga Malaysia berusia 38 tahun. Kedua-dua suspek bekerja di ladang di negara luar.

“Mereka diusir pulang ke Malaysia selepas ditahan di negara itu kerana memberi sokongan kepada pengganas Daish di Syria. Salah seorang yang ditangkap didapati menyalurka­n dana kepada Khairul Amizan Zzmi (rakyat Malaysia yang menyertai Daish di Syria),” katanya.

Menurutnya, tangkapan keempat di Kota Kinabalu membabitka­n seorang buruh binaan warga Filipina berusia 21 tahun yang juga anggota Abu Sayyaf Group (ASG) yang memasuki negara ini secara tidak sah sejak Mac 2018.

“Suspek mempunyai kemahiran mengendali­kan pelbagai jenis senjata api dan mempunyai hubungan dengan Furuji Indama (pemimpin kumpulan asing di Selatan Filipina).

“Tangkapan terbaru itu menjadikan jumlah

keseluruha­n anggota ASG yang ditahan sejak 2017 seramai 39 orang.

“Tangkapan kelima pada 28 Januari lalu di Puchong, Selangor membabitka­n tukang rumah berusia 26 tahun berasal dari sebuah negara di Asia Selatan,” katanya.

Menurutnya, suspek didapati memberi perlindung­an kepada seorang individu dari sebuah negara di Asia Selatan yang disenaraik­an dalam Notis Merah Interpol kerana terbabit dengan pelbagai aktiviti jenayah serta keganasan.

Katanya, kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA - Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Suspek mempunyai kemahiran mengendali­kan pelbagai jenis senjata api dan mempunyai hubungan dengan Furuji Indama”

Mohamad Fuzi Harun

 ??  ??
 ??  ?? Suspek menerima arahan daripada Akel
Zainal untuk merekrut beberapa individu bertujuan melancarka­n serangan ke atas bangunan Freemason di Johor Bahru”
Mohamad Fuzi Harun
TIGA daripada enam suspek yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas dalam operasi di Johor, Selangor dan Sabah.
Suspek menerima arahan daripada Akel Zainal untuk merekrut beberapa individu bertujuan melancarka­n serangan ke atas bangunan Freemason di Johor Bahru” Mohamad Fuzi Harun TIGA daripada enam suspek yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas dalam operasi di Johor, Selangor dan Sabah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia