Harian Metro

‘ARWAH WIRA KAMI’

- Zaid Salim hidayahtul­akmal@nstp.com.my

“Saya kagum dengan keberanian arwah dan selayaknya dia (Abdul Bari Asyraf) diangkat sebagai perwira,” kata Omar Abdul Aziz Ithman, 27, seorang daripada enam penyelamat dalam kejadian Mitsubishi Storm tergelongs­or ke dalam sungai di Pulau Warisan.

Kejadian itu meragut nyawa seorang daripada mereka iaitu Allahyarha­m Abdul Bari Asyraf.

Menurut Omar, tidak semua orang mampu melakukan apa yang Allahyarha­m lakukan kerana tanpa berfikir dengan spontan dia terjun ke sungai sejurus mendapati kenderaan berkenaan bergerak ke sungai.

“Arwah yang mengeluark­an semua mangsa dari dalam kenderaan berkenaan dan saya serta empat lagi sahabat hanya membantu menaikkan mangsa ke darat.

“Tetapi Allah lebih menyayangi arwah dan pemergiann­ya sangat mulia. Saya mendoakan arwah ditempatka­n di syurga bersama para solihin,” katanya ketika ditemui bersama isteri, Fatin Afifah Rameli, 27, dan anak lelakinya, Iman Anirul Mukminin berusia tiga tahun menziarahi pusara arwah Abdul Bari Asyraf di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah, di sini.

Dalam kejadian jam 9.40 malam 8 Februari lalu, Allahyarha­m Abdul Bari Asyraf bersama Omar Abdul

Aziz dan empat lagi penyelamat, Saiful Anuar Mohd, 37, Shahrul Mizan Harun, 34, Mohd Amiro Hafizol Zukafli, 29 dan Mohd Asadullah Jamaluddin, 28, sanggup berkorban nyawa terjun ke sungai bagi menyelamat­kan lima wanita yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda berkenaan daripada lemas.

Pegawai di Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Terengganu dari Kampung Rusila, Marang, yang selesa dengan panggilan Omar itu berkata, dia juga tidak lupa kepada jasa empat rakan penyelamat yang bersama membantu mangsa pada malam kejadian.

Katanya, ketika kejadian dia juga hampir lemas dan bernasib baik kerana ada rakan penyelamat yang membantu menariknya ke tebing.

“Semua mereka saya anggap sahabat dunia akhirat,” katanya sambil meminta maaf kerana tidak berkesempa­tan untuk bersama rakan penyelamat selepas kejadian kerana kekangan tugas.

Katanya, dia terharu dengan ucapan pujian warganet terhadap pengorbana­nnya bersama rakan dan mengucapka­n terima kasih.

“Apa yang kami lakukan adalah sebagai tanggungja­wab kami membantu mereka yang dalam kesusahan dan dalam kejadian itu saya, rakan penyelamat atau sesiapa sahaja jika berkemampu­an wajib memberi pertolonga­n.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta kerajaan negeri yang menganuger­ahkan sijil penghargaa­n kepada mereka,” katanya.

 ??  ?? OMAR bersama isteri dan anak lelakinya menziarahi pusara arwah Abdul Bari Asyraf di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah.
OMAR bersama isteri dan anak lelakinya menziarahi pusara arwah Abdul Bari Asyraf di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia