Harian Metro

PERMOHONAN MASIH TERTANGGUH

- BERNAMA

Mahkamah Sesyen, di sini, semalam dimaklumka­n pasukan pembelaan mewakili isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa meminta dan menerima rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak membantah pemohonan pihak pendakwaan untuk memindahka­n kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Perkara itu dimaklumka­n Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar ketika sebutan semula kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Ahmad.

Bagaimanap­un, Mohd Dusuki berkata, tarikh pendengara­n bagi permohonan memindahka­n kes itu ke Mahkamah Tinggi sudah ditetapkan pada 15 Mac depan.

“Oleh kerana pemohonan masih tertangguh dan belum lagi diselesaik­an di Mahkamah Tinggi, jadi saya pohon tarikh sebutan lain ditetapkan,” kata Mohd Dusuki dan Azman menetapkan 20 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah mengesahka­n perkara itu dan pihaknya menyerahka­n afidavit berhubung permohonan untuk memindahka­n kes terbabit namun pihak pendakwaan belum memberi jawapan.

“Ya, benar…kita juga telah serahkan afidavit, tetapi pihak pendakwaan belum menjawab,” katanya.

Pada 15 November tahun lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187,500,000 dan menerima rasuah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lalu.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntu­kkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 jika sabit kesalahan.

Rosmah turut diwakili peguam Datuk Jagjit Singh.

Suaminya, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan anak lelaki mereka, Mohd Ashman hadir pada prosiding, semalam.

 ??  ?? ROSMAH di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
ROSMAH di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia