Harian Metro

AYANG SAYANG GAJAH

-

 Ching Yang tak gentar bermain dengan pak belalai dijaga sejak 2014

dan memelihara mamalia ini.

“Saya turut menjelajah ke seluruh negara selain Thailand, Indonesia dan India untuk menuntut ilmu serta membuat rujukan mengenai gajah.

“Semua gajah di KECV mesra dengan saya, malah suara dan bau saya juga mudah dikenali haiwan ini,” katanya ditemui di KECV.

Menurut Ching Yang, KECV mempunyai 18 gajah dan gajah paling mesra dengannya dikenali sebagai Tenang, Abon, Jambu dan Ketiar.

“Tenang ialah gajah jantan dominan dan paling lama berada di KECV.

“Hanya lima peratus gajah jantan di negara ini tiada gading dan Tenang satu daripadany­a.

“Gajah bersaiz paling besar beratnya dua tan. Ia memerlukan 250 kilogram rumput napier dan tebu sebagai makanan,” katanya yang juga Pengarah Urusan KECV.

Menurut Ching Yang, setiap gajah ada kebolehan berbeza.

“Hanya individu yang membela dan mengurus gajah memahami sikap mamalia ini. Kami ada 52 pekerja termasuk tujuh penjinak gajah profesiona­l dari Thailand.

“Saya turut mempelajar­i dan memahami tabiat gajah melalui bimbingan terus pakar penjinak gajah Asia, Maitree Sang Sai yang berumur 41 tahun dan berasal dari Thailand,” katanya.

Ching Yang menguruska­n 18 gajah di KECV sejak 9 Mei 2014.

Sementara itu, Maitree berkata, dia kagum dengan keberanian Ching Yang bermain dengan gajah kerana tidak ramai orang yang berani berbuat demikian.

“Gajah antara haiwan paling cerdik tetapi tidak mudah untuk dijinakkan. Bagaimanap­un, Ching Yang cepat serasi dengan semua gajah di KECV.

“Walaupun semua gajah ini dijaga dan diuruskan penjinak terlatih pada setiap hari haiwan ini lebih serasi dan mesra dengan Ching Yang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia